Menjelang bulan Ramadan yang semakin hampir, ada kalanya kita mahukan sesuatu yang agak berbeza berbanding yang biasa, terutamanya dari segi makanan. Lazimnya, ketika berbuka puasa kita sering makan nasi putih yang digandingkan dengan lauk-pauk biasa sahaja. Tetapi, tidak salah sekiranya sesekali kita ‘bertukar angin’ dengan makan nasi yang berperisa.

Gambar sekadar hiasan/taste

Oleh sebab itulah menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda resipi nasi mentega atau butter rice yang dikongsikan oleh Puan Ismi Yatie Ummu Haziq sememangnya sangat sedap dan mampu menawan hati sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak.

Bahan-bahan:

  1. 6 pot plastik beras Basmathi atau beras biasa
  2. 125 gram mentega
  3. 2-3 batang serai (diketuk)
  4. Daun pandan (jika mahu)
  5. 1 ½ susu segar atau krimer sejat
  6. Garam secukup rasa
  7. Daun ketumbar (jika mahu)

Bahan kisar:

  1. 1 biji bawang besar
  2. 4 – 5 ulas bawang putih
  3. 2 -3 cm halia

Cara-cara memasak:

1. Cairkan mentega di dalam kuali.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

2. Tumiskan bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga naik bau.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

3. Masukkan beras yang sudah siap dibasuh dan ditoskan kemudian goreng selama 1 -2 minit.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

4. Masukkan susu segar atau krimer sejat.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

5. Gaul sebati buat seketika dan tutupkan api.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

6. Alihkan beras ke dalam periuk nasi biasa.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

7. Tambahkan air dan garam secukupnya. Jika mahu, tambahkan daun ketumbar untuk menaikkan lagi aroma nasi.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

8. Setelah nasi siap masak, hidangkan mengikut citarasa anda.

Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Ismi Yatie Ummu Haziq/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular