Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti kehadiran darah di dalam najis anda. Pertama adalah melihat tompokan darah bersama-sama najis.

Kedua, kesan percikan darah di dalam mangkuk tandas dan yang terakhir sekali adalah melihat kesan darah pada tisu yang digunakan untuk mengelap bahagian dubur.

Meskipun keadaan ini tidak akan membahayakan nyawa seseorang, ianya tetap perlu diawasi dan anda perlulah segera menjalani rawatan untuk menanganinya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pasti ramai yang tidak tahu apakah punca yang menyebabkan berlakunya pendarahan semasa anda membuang air besar bukan?

Terdapat 7 faktor yang mengakibatkan berlakunya keadaan ini iaitu luka pada dubur, buasir, ulser, radang usus, polip usus, penyakit divertikular dan juga kanser!

#1 Luka di dubur

Doctor On Call

Keadaan ini merujuk kepada koyakan atau luka pada bahagian permukaan mukosa dubur yang mengakibatkan kesakitan dan pendarahan. Kesakitan ini akan semakin meningkat dan bertahan selama beberapa jika berlakunya pergerakan. Antara punca yang menyebabkan luka pada dubur ini adalah:

  • Najis terlalu besar dan keras
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Melakukan hubungan intim melalui dubur
  • Melahirkan anak

#2 Buasir

MedicalNewsToday

Buasir terjadi akibat pembengkakan saluran darah di bahagian dubur. Dalam kebanyakan kes, buasir berlaku tanpa disedari sebaliknya hanya diketahui setelah merasakan kesakitan, kegatalan dan pendarahan semasa membuang air besar. Antara ciri-ciri buasir adalah:

  • Berdarah ketika buang najis
  • Kegatalan pada bahagian luar dubur
  • Ketulan daging tergantung di luar dubur dan mungkin perlu dimasukkan semula ke dalam celahan dubur
  • Lendiran yang menyebabkan ketidakselesaan selepas membuang air besar
  • Sakit, kemerahan dan bengkak di sekeliling dubur

#3 Ulser

Bidadari

Kebiasaannya, ulser perut tidak menjadi punca utama yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada najis kerana ia perlu mengambil masa yang lama untuk darah berkenaan mengalir keluar dari sistem usus.

Tetapi, darah akibat ulser tersebut akan teroksida di dalam najis dan menyebabkan warna najis menjadi gelap dan berbau sangat busuk.

Ulser boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya sering makan lewat, pengambilan makanan yang pedas, panas dan juga berasid. Di samping itu, ulser turut berpunca daripada pembentukan ketumbuhan yang merembeskan gastrin disebut sebagai Sindrom Zollinger-Ellison.

#4 Penyakit radang usus (Inflammatory Bowel Diseases – IBDs)

TribunManado

IBDs meliputi keadaan seperti penyakit Crohn’ dan ulseratif kolitis. Keadaan ini mengakibatkan radang pada usus besar dan usus kecil yang disebabkan oleh interaksi kompleks antara keadaan genetik, tiada kawalan imun yang disasarkan kepada mikrobiota usus dan beberapa faktor lain.

#5 Penyakit Polip Usus

 

merdeka

Penyakit ini merujuk kepada pertumbuhan tisu berskala kecil pada dinding usus besar. Kebanyakan polip adalah kecil bersaiz kurang daripada 1 sentimeter.

Polip boleh kelihatan dalam pelbagai bentuk seperti benjolan kecil, ketuat, berbentuk buah anggur atau cendawan dan sekelompok benjolan kecil.

Kebanyakan polip tidak merbahaya dan hanya disedari tanpa sengaja tetapi lama-kelamaan jika dibiarkan, ia boleh menjadi kanser usus. Oleh demikian, polip perlu segera dibuang sekiranya ianya mula kelihatan.

#6 Penyakit divertikular

Home Natural Cures

Divertikula adalah kantung yang terkeluar dari bahagian lemah di sepanjang dinding usus. Ianya bersaiz kecil dan berbentuk seperti belon.

Kebanyakan divertikula tidak menyebabkan sebarang simptom (dirujuk sebagai Divertikulosis) tetapi sekiranya ada, penyakit ini akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah kiri abdomen.

Ia juga mengakibatkan kembung perut, sembelit, cirit-birit atau Divertikulosis (apabila Divertikula menjadi radang), sekali gus menyebabkan pendarahan.

#7 Kanser

Pinnacle Health Radio

Kemungkinan berlakunya kanser usus sekiranya anda turut mengalami penurunan berat badan secara mendadak dan cirit-birit serta sembelit yang berterusan.

Walaupun pendarahan semasa membuang air besar mungkin jarang berlaku, namun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada menjejaskan kesihatan, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya…

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular