Di China, seorang pelajar universiti di wilayah Zhejiang yang berusia 21 tahun dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital setelah menonton filem epik sepanjang zaman iaitu Avengers: Endgame!

Menurut laporan Sina, wanita berkenaan telah menonton filem hebat ini bersama rakan-rakannya pada tayangan tengah malam pada Rabu lalu (24 April). Bagaimanapun, selepas tayangan habis, wanita ini dikatakan menangis dengan teruk sepanjang filem ini ditayangkan…

 Sina

Sin Chew Daily melaporkan bahawa pelajar terbabit mula merasa tidak selesa pada bahagian dada selain mengalami masalah kesukaran untuk bernafas. Bukan setakat itu, dia turut merasakan tangan dan kakinya kebas dan kejang.

Khuatir dengan keadaannya, rakan-rakan wanita ini terus membawanya ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pada ketika itulah, doktor mengesahkan bahawa dia mengalami hiperventilasi iaitu nafas secara berlebihan semasa menonton filem.

 Sina

“Dia mungkin menangis terlalu kuat dan mengambil nafas yang dalam secara kerap. Hal ini menyebabkan dia mengalami hiperventilasi. Selepas menenangkannya dan memakaikan topeng oksigen, keadaan dia akan bertambah baik.”

Media melaporkan pelajar berkenaan telah pun dibenarkan untuk keluar di hospital selepas keadaannya beransur pulih…

Jadi, peringatan kepada anda semua yang masih menunggu waktu sesuai untuk menonton Avengers: Endgame, sila nikmati filem anda dengan tenang dan jangan terlalu ikutkan emosi..

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular