Tina Tee dari Filipina, 29 tahun, dididik daripada kecil untuk takut akan anjing liar. Sebagai seorang kanak-kanak, ibu bapanya memberitahunya bahawa anjing liar akan menggigit dan diberi amaran untuk menjauhkan diri daripada anjing liar.

Tetapi sesuatu yang diluar jangkaannya berlaku, dia kini mendedikasikan hidupnya untuk mencintai dan menyelamatkan anjing liar.

Sebelum bertemu dengan pasangannya, seorang lelaki warga Australia bernama Greg Wells, 48 tahun, dia selalu mengandaikan bahawa anjing-anjing liar akan menyakitinya jika didekati.

Kokie Jan Dumagan Linayan-Tee|Facebook

Tetapi cinta dan kekaguman Greg terhadap haiwan telah mengubah perspektif Tina. Cinta mereka berkembang, begitu juga minat mereka untuk melindungi kebajikan anjing-anjing liar.

Greg akhirnya berjaya meyakinkannya bahawa anjing-anjing liar tidak akan membahayakannya. Sekarang, seluruh perspektifnya terhadap anjing liar telah terbalik.

“Saya benar-benar cuba melarikan diri daripada anjing liar. Tetapi dia berkata, ‘Tidak! Mereka tidak menggigit. Mereka memerlukan penjagaan kita. Lihatlah saya sekarang, saya sudah suka anjing,” kata Tina kepada ABS-CBN News.

Anjing liar yang pertama yang mereka ambil adalah yang mereka lihat berkeliaran di jalan-jalan Kota Cebu pada tahun 2016. Apabila mereka melihat anjing tersebut kelihatan tidak begitu sihat, mereka mengambilnya dan menamakan anjing itu, Tyra.

Kemudian perlahan-lahan, mereka mengambil lebih banyak anjing di pulau Bantayan, dan kini pasangan itu sudah memiliki 106 ekor anjing dan hari demi hari semakin bertambah.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

Mereka bahkan telah membuka tempat perlindungan anjing mereka sendiri di pulau itu, setelah membeli tanah di Santa Fe.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

“Kami menubuhkan (santuari) kerana ingin membantu haiwan yang tiada tempat tinggal di Pulau Bantayan … yang berkembang apabila kami mula mencari anjing yang terperangkap di dalam sangkar tanpa makanan dan air,” kata Greg kepada CDN Digital.

Mereka bekerja keras setiap hari untuk memberikan anjing-anjing jagaan mereka kasih sayang dan penjagaan yang selayaknya mereka terima.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

‘Island sanctuary’ yang diwujudkan mempunyai kawasan kuarantin untuk anjing-anjing yang sakit, tanah perkuburan untuk haiwan, dan sudut kompos untuk sisa anjing.

Pasangan ini sangat menyayangi anjing-anjing mereka, dan menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

“Mereka seperti anak-anak kami,” kata Greg.

Tina berkata, dengan menjaga anjing, hubungannya dengan Greg menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini.

Setiap anjing berhak mendapat kasih sayang!

Lihatlah betapa gembiranya anjing ini sekarang setelah mendapat penjagaan yang penuh kasih sayang.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

Ubah persepsi anda terhadap anjing liar.

Island Sanctuary Santa Fe Bantayan Island Philippines|Facebook

“Mesej kami adalah untuk menyelamatkan anjing. Mereka cantik, mengagumkan dan sangat penyayang. Sekiranya anda tidak dapat memelihara, bersikap baiklah kepada anjing jalanan, dengan memberi makanan dan minuman,” kata Tina kepada CDN Digital.

Teruskan usaha yang menakjubkan ini, Greg dan Tina!

Sumber: ABS-CBN News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular