Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 129 juta hektar hutan, kawasan yang hampir sama keluasannya dengan Afrika Selatan, telah hilang dari bumi selama-lamanya sejak tahun 1990. Kawasan yang lebih kurang saiz negara Panama pula telah hilang setiap tahun.

Sebastiao Salgado

Dengan kira-kira 15 peratus daripada semua pelepasan gas rumah hijau berasal dari penebangan hutan, dan begitu banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang kehilangan habitatnya setiap hari, ini adalah angka yang sangat dahsyat, dan hal ini semestinya tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

institutoterra

Tetapi apa yang harus dilakukan dalam menghadapi kemusnahan alam sekitar seperti ini? Seseorang individu boleh merasa kerdil dan tidak berdaya, kerana kita tidak tahu kesan yang boleh kita lakukan. Adakah usaha kita ada memberi kesan? Jurugambar dari Brazil, Sebastião Salgado dan isterinya, Lélia Deluiz Wanick Salgado memutuskan untuk membuktikan bahawa sekecil manapun usaha seseorang, kesannya pasti akan terlihat jua. Pasangan ini telah bernekad untuk menanam semula pokok-pokok untuk melakukan proses penghutanan semula.

institutoterra

Salgado adalah tokoh fotografi yang terkenal dan telah memenangi hampir setiap anugerah utama dalam bidang fotografi dan menerbitkan lebih daripada satu setengah dozen buku. Pada tahun 1990-an, keletihan fizikal dan emosi selepas mendokumentasikan keganasan yang mengerikan di Rwanda, Salgado pulang ke kampung asalnya di Brazil, yang pernah diliputi hutan hujan tropika yang subur. Namun, Salgado berasa sangat terkejut apabila mendapati bahawa kawasan itu sudah menjadi tandus dan tiada hidupan liar, tetapi isterinya, Lélia percaya bahawa kawasan itu dapat dipulihkan semula seperti yang sepatutnya.

institutoterra

“Tanah itu sakit seperti saya – segala-galanya telah musnah,” kata Salgado dalam The Guardian pada tahun 2015. “Hanya kira-kira 0.5% daripada tanah itu dilindungi dengan pokok. Kemudian isteri saya mempunyai idea hebat untuk menanam semula hutan ini. Dan apabila kami mula melakukannya, maka semua serangga dan burung dan ikan kembali dan, terima kasih kepada peningkatan bilangan pokok ini, saya juga dilahirkan semula – ini adalah masa yang paling penting.”

institutoterra

Bersama-sama, pasangan ini mengasaskan Instituto Terra, iaitu sebuah organisasi kecil yang telah menanam 4 juta anak benih dan telah membawa hutan kembali dari kematian. “Mungkin kita ada penyelesaian,” kata Salgado.

institutoterra

“Terdapat satu makhluk yang boleh mengubah karbon dioksida menjadi oksigen, iaitu pokok. Kita perlu menanam semula hutan. Anda memerlukan hutan dengan pokok-pokok asli, dan anda perlu mengumpul benih di rantau yang sama yang anda tanamkan mereka atau ular dan serangga tidak akan datang. Dan jika anda menanam hutan di tempat yang asing, haiwan tidak akan datang ke sana dan hutan akan menjadi senyap.”

Ricaro Beliel

Oleh itu, selepas mengambil perhatian sepenuhnya untuk memastikan bahawa semua yang ditanam berasal dari tanah di situ, kawasan ini berkembang dengan pesat dalam 20 tahun berikutnya. Hidupan liar telah kembali, suasana hening hutan kembali semula, burung-burung kembali membiak di kawasan hutan dan serangga-serangga mula pulang ke tempat asalnya.

Sebastião Salgado

Secara keseluruhannya, kira-kira 172 spesies burung telah kembali, serta 33 spesies mamalia, 293 spesies tumbuhan, 15 spesies reptilia dan 15 spesies amfibia, amnya seluruh ekosistem dibina semula dari awal.

Projek ini ternyata telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta individu dengan memberikan contoh konkrit tindakan ekologi yang positif dan menunjukkan betapa cepatnya alam sekitar dapat pulih dengan sikap manusia yang betul.

YASUYOSHI CHIBA

“Kita perlu mendengar kata-kata orang asal,” jelas Salgado. “Alam adalah bumi dan alam adalah makhluk lain dan jika kita tidak mempunyai semangat rohani terhadap planet kita, saya takut kita akan dikompromi.”

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular