Menjadi miskin tidak menghalang seorang pelajar sekolah dari Filipina menjadi kreatif dan inovatif dengan membuat mainan sendiri daripada selipar getah yang telah lusuh dan terbuang.

Menurut laman Facebook yang ditulis oleh Indigenous PH, budak lelaki berusia 13 tahun ini bernama Jupel Batobato yang merupakan pelajar di Sekolah Rendah Casillon di Baco, Oriental Mindoro, Filipina pada ketika itu.

Jupel merupakan anak orang asli yang berasal dari suku kaum pribumi Mangyan, yang tinggal di kawasan pergunungan Mindoro.

Indigenous PH/Facebook

Oleh kerana dia datang dari komuniti miskin yang tidak menikmati kemudahan air dan elektrik serta perkampungannya yang agak terpencil dan jauh daripada kesibukan kota besar, Jupel menghadapi banyak kesulitan dalam mendapatkan pendidikan termasuk terpaksa berjalan selama 20 minit dari rumahnya untuk ke sekolah setiap hari.

Jarak perjalanan yang jauh serta jejak denai yang lasak, telah membuatkan selipar getah yang dipakai oleh Jupel hanya dapat bertahan selama sebulan atau kurang dari tempoh itu.

Kerana keluarganya tidak mampu membeli sepasang kasut atau selipar yang baru untuk Jupel, pelajar ini terpaksa berjalan dengan berkaki ayam ke sekolah.

Indigenous PH/Facebook

Sambil berjalan kaki tanpa selipar ke sekolah setiap hari kemudian mengilhamkan Jupel dengan impian menaiki kenderaan seperti Jeepney atau kenderaan bertiga roda lain ke destinasi yang hendak dituju.

Indigenous PH/Facebook

Ia kelihatan seperti impian yang tidak dapat dicapai oleh Jupel pada mulanya tetapi dia sedar bahawa dia boleh mengubahnya menjadi realiti dengan selipar getah lama yang ditemuinya semasa sedang berjalan ke sekolah.

Dengan menggunakan imaginasi dan kreativitinya yang tinggi, Jupel yang berusia 11 tahun pada ketika itu kemudian membawa selipar getah yang telah dibuang pulang bersamanya ke rumah dan dia mengubahnya menjadi kereta impian, jip, dan van.

Indigenous PH/Facebook

Setiap mainan yang dibuatnya daripada selipar getah lama adalah karya seni terperinci oleh Jupel kerana dia mengukir bentuk kenderaan dengan teliti daripada selipar getah itu sebelum mencantumnya bersama-sama.

Kadangkala, Jupel meletakkan lampu suluh atau lampu LED pada kenderaan mainannya.

Indigenous PH/Facebook

Kereta dan jip mainan mungkin tidak kelihatan seperti yang dipamerkan di kedai mainan tetapi rupa mainan dari bahan kitar semula ini pastinya kelihatan seperti yang sebenar dan amat cantik serta unik!

Selepas post Facebook tentang kereta mainan Jupel menjadi tular di media sosial, ramai netizen yang memuji usaha dan kreativiti budak lelaki ini yang mampu mengubah sesuatu yang kebanyakan orang lain berfikir tidak lagi berguna kepada satu barang mainan dengan gaya kreativiti dan daya imaginasi luar biasa.

Indigenous PH/Facebook

Seorang netizen berkata, “Kanak-kanak ini sungguh berbakat. Saya doakan anda mendapat pendidikan terbaik dan mencapai kejayaan dalam kehidupan di masa hadapan. Kami memerlukan lebih ramai kanak-kanak seperti anda di dunia ini. Teruskan kerja anda dengan usaha yang baik.”

Sementara itu, seorang netizen lain menulis, “Saya dengan ikhlas menjangkakan karya seninya akan lebih bernilai di masa hadapan.”

Lebih daripada itu, Jupel kemudian telah menyertai rancangan bakat kanak-kanak “Little Big Shots” kerana bakat seninya yang unik itu.

Indigenous PH/Facebook

Walaupun pada mulanya dia membuat barang mainan itu selepas mengambil inspirasi daripada impian dan angan-angan, Jupel kini akhirnya mampu untuk menjual kesemua kenderaan mainannya ini yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan untuk dirinya dan keluarga, tetapi juga turut dapat membantu mengumpul dana buat sekolahnya, demikian menurut Mindoro News di Facebook.

Tonton video di bawah.

Little Big Shots PH/YouTube

Sumber : Indigenous PH/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular