- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

6 mitos tidur yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan anda

Menurut kajian penyelidik, mitos yang difikirkan secara meluas mengenai tidur mampu merosakkan kesihatan dan angin kita, serta memendekkan jangka hayat.

Sepasukan penyelidik dari Universiti New York telah mengumpulkan data dari internet untuk mencari kepercayaan paling umum mengenai cara mendapatkan tidur pada waktu malam yang baik.

Kemudian, dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep Health, mereka memadankan dakwaan itu kepada satu bukti saintifik yang terbaik.

Homemaking [1]/Sekadar Gambar Hiasan

Mereka berharap bahawa dengan membuang mitos tidur akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan mental dan fizikal serta tahap kesejahteraan kehidupan orang ramai.

Jadi, berapa ramai di kalangan anda mempunyai tanggapan yang salah?

Mitos 1 – Anda boleh bertahan menghadapi tidur yang kurang dari lima jam sehari.

Kaskus [2]/Sekadar Gambar Hiasan

Inilah mitos yang tidak akan hilang daripada pemikiran.

Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher terkenal dengan tidurnya selama empat jam setiap hari. Canselor Jerman Angela Merkel mendakwa boleh bertahan dengan tabiat tidur yang sama. Menukar waktu tidur untuk masa tambahan di pejabat adalah perkara biasa apabila menceritakan tabiat tidur ahli perniagaan atau pemimpin yang berjaya.

Namun para penyelidik mengatakan kepercayaan bahawa mendapat tidur kurang dari lima jam adalah tidak sihat dan merupakan salah satu mitos yang paling memudaratkan kesihatan.

Menurut penyelidik Dr Rebecca Robbins, “Kami mempunyai banyak bukti untuk menunjukkan bahawa dengan mendapat tidur selama lima jam atau kurang secara konsisten, akan meningkatkan risiko dan kesan yang buruk terhadap kesihatan.”

Tambahnya, “Ini termasuk penyakit kardiovaskular, seperti serangan jantung dan strok, serta jangka hayat yang lebih pendek.”

Sebaliknya, Dr Rebecca Robbins mencadangkan agar setiap orang harus mendapatkan jaminan tidur selama 7 hingga 8 jam secara konsisten pada setiap malam dalam sehari.

Mitos 2 – Alkohol sebelum tidur meningkatkan kualiti tidur.

HealthCentral [3]/Sekadar Gambar Hiasan

Para penyelidik berkata pengambilan sama ada segelas wain, wiski atau sebotol bir untuk mendapatkan tidur yang mudah dan tenang adalah satu mitos.

Menurut Dr. Robbins, “Ia boleh membantu anda tidur, tetapi ia juga secara dramatik akan mengurangkan kualiti rehat anda malam itu. Ia sangat mengganggu tahap REM atau pergerakan mata pesat yang penting untuk ingatan dan pembelajaran.”

Anda mungkin akan dapat tidur  dengan lebih mudah, tetapi beberapa manfaat tidur juga turut hilang.

Alkohol juga merupakan diuretik, jadi anda mungkin mendapati diri menghadapi masalah membuang air yang kerap di tengah malam.

Mitos 3 – Menonton televisyen di atas katil akan membantu anda berehat.

flickr [4]/Sekadar Gambar Hiasan

Pernahkah anda berfikir, “Sebelum masuk tidur, saya akan menonton beberapa rancangan televisyen.”

Dr Robbins berkata, “Selalunya jika kita menonton televisyen seperti berita tengah malam, ia merupakan suatu tabiat yang akan menyebabkan insomnia atau tekanan sebelum tidur ketika kita cuba untuk menurunkan tenaga dan bersedia untuk berehat.”

Selain televisyen, perkara yang sama dengan penggunaan telefon pintar dan tablet yang menghasilkan cahaya biru, di mana ia akan melambatkan pengeluaran hormon tidur melatonin dalam tubuh badan.

Mitos 4 – Jika anda sedang berusaha untuk tidur, maka terus kekal di atas tempat tidur.

TheSleepingGuru [5]/Sekadar Gambar Hiasan

Anda telah menghabiskan masa yang lama untuk tidur tetapi sebelum itu telah berjaya mengira semua kambing di New Zealand iaitu sebanyak 28 juta ekor?

Jadi apa yang harus anda lakukan pada peringkat seterusnya? Jawapannya ialah untuk tidak terus mencuba.

Dr. Robbins berhujah, “Kami mula mengaitkan katil dengan insomnia. Tidur yang sihat hanya mengambil masa selama 15 minit untuk terus terlena, tetapi sekiranya ia mengambil masa yang jauh lebih lama daripada itu, pastikan anda turun dari katil, lakukan satu perkara lain yang boleh meletihkan dan membuat anda berasa mengantuk.”

Contohnya pergi melipat kain atau beberapa pasang stoking.

Mitos 5 – Menekan butang penggera bangkit

abcNews [6]/Sekadar Gambar Hiasan

Siapa yang berasa tidak bersalah untuk mencapai butang penggera bangkit di telefon pintar mereka, memikirkan bahawa tambahan enam minit di atas katil akan membawa sedikit perubahan?

Tetapi pasukan penyelidik mengatakan bahawa sekiranya penggera dimatikan, kita hanya perlu bangkit dengan sendiri.

Dr Robbins berkata, “Menyedari diri tidak perlu berasa tergesa-gesa jadi kita semua tidak dapat menahan godaan untuk menunda. Tubuh badan akan didorong oleh fikiran untuk kembali tidur, maka ia menjadi sangat ringan dan kualiti tidur menjadi rendah.”

Nasihatnya, bangkit dengan segera dan membuka langsir serta dedahkan diri anda kepada cahaya terang secepat mungkin.

Mitos 6 – Berdengkur selalu tidak berbahaya

SBS [7]/Sekadar Gambar Hiasan

Berdengkur boleh jadi tidak berbahaya, tetapi ia juga boleh menjadi tanda gangguan tidur apnea.

Ini menyebabkan dinding tekak untuk menjadi sempit dan tenang semasa tidur, sehingga boleh menghentikan nafas seseorang.

Orang yang mempunyai keadaan ini lebih cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak teratur dan mempunyai serangan jantung atau strok.

Salah satu tanda amaran kepada masalah kesihatan ini adalah berdengkur dengan kuat.

Dr Rebecca Robbins membuat kesimpulan,  “Tidur adalah salah satu perkara yang paling penting, yang dapat kita lakukan pada waktu malam kerana ia akan  meningkatkan tahap kesihatan, mood, kesejahteraan hidup dan jangka hayat yang lebih panjang.”

Sumber : BBC [8]

loading...