Seekor kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze betina yang merupakan salah satu spesies kura-kura paling terancam di dunia telah mati selepas usaha untuk melindungi populasi spesies tersebut tidak berjaya.

Kura-kura betina itu disahkan mati pada 13 April lalu di sebuah pusat penyelidikan, China’s Suzhou Shangfangshan Forest Zoo di China.

(Foto ini diambil pada 6 Mei 2015)  ©Getty Images

Kura-kura berkenaan dilaporkan mati sehari selepas percubaan kali kelima persenyawaan dengan menggunakan air mani kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze jantan yang dilakukan oleh saintis bagi menyelamatkan spesies tersebut.

(Foto ini diambil pada 6 Mei 2015) ©AP

“Kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze jantan dan betina itu gagal untuk melakukan persenyawaan secara semula jadi walaupun diletakkan bersama-sama sejak 2008. Kami dapat mengesahkan bahawa kura-kura ini subur dan cubaan persenyawaan yang dilakukan sebelum ini dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Malangnya, pada cubaan kali kelima, kura-kura tersebut gagal untuk pulih sepenuhnya walaupun diletakkan dibawah pengawasan pakar 24 jam. Proses nekropsi akan dijalankan dan tisu ovari kura-kura berkenaan akan disimpan untuk kajian di masa depan,” kenyataan daripada Wildlife Conservation Society (WCS).

Kura-kura tersebut dilaporkan tidak menunjukkan sebarang komplikasi ketika proses persenyawaan kali kelima itu dijalankan malah menunjukkan proses penyembuhan seperti biasa.

Kura-kura berkenaan dianggarkan sudah berusia lebih 90 tahun ketika proses berkenaan dijalankan. Menurut Associated Press, punca kematiannya masih disiasat.

Kini hanya tinggal tiga ekor kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze di dunia ini. Seekor jantan berada di China’s Suzhou Shangfangshan Forest Zoo dan terdapat dua ekor lagi kura-kura spesies sama dilaporkan masih hidup iaitu di Tasik Dong Mo dan Tasik Xuan Khanh. Kedua-duanya berada di Vietnam dan jantina mereka masih tidak dapat ditentukan lagi.

Aktiviti pemburuan haram oleh manusia rakus bagi mendapatkan telur dan dagingnya telah menjadi punca kepada kepupusan spesis ini. Selain itu, aktiviti-aktiviti manusia yang merosakkan habitat asal haiwan berkenaan juga dikaitkan dengan punca kepupusan.

©Getty Images|STR

“Ia adalah sesuatu yang tragik untuk mengetahui bahawa satunya-satunya betina yang diketahui dalam spesiesnya sudah tiada tetapi tragedi sebenar di sini adalah bahawa spesies ini telah ‘hancur’ sehingga hampir pupus oleh pemburuan haram dan pemusnahan habitat.

Kami memuji usaha dijalankan oleh saintis di China dan Vietnam yang cuba sedaya upaya menyelamatkan spesies kura-kura cengkerang lembut daripada pupus,” menurut kenyataan WCS.

Presiden Turtle Survival Alliance (TSA), Rick Hudson memuji usaha para kakitangan yang cuba untuk melindungi spesies yang terancam tersebut. Rick Hudson sangat sedih apabila dapat tahu kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze betina itu telah mati.

abc/(Penyelidik mengangkat kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze betina itu dari air di zoo, Suzhou, wilayah Jiangsu timur China pada 7 April 2016) ©AP

Lembah Sungai Yangtze pada suatu ketika menjadi habitat kepada banyak kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze.

©Getty Images|Vietnam News Agency

Sungai Yangtze dan laluan air lain sedang ditinjau dengan harapan untuk menjejak sekiranya masih ada kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze liar yang masih hidup.

Kematian kura-kura cengkerang lembut gergasi Yangtze betina ini membuktikan bahawa sikap rakus manusia telah membuatkan banyak spesies haiwan diambang kepupusan dan bahkan ada yang telah pupus.

AJ+|Facebook

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular