Seorang pemuda berasa terperangkap di antara dua tempat yang dirasanya amat sukar dan buntu pada ketika pihak berkuasa telah menahannya kerana melanggar peraturan lalu lintas yang kemudiannya mencetuskan kekecohan dan luahan perasaan di khalayak ramai.

Insiden yang berlaku di Youku, Zhejiang, China ini merakamkan saat ketika pemuda ini sedang bekerja lebih masa tetapi terpaksa menghantar kunci rumah kepada teman wanitanya yang telah terlupa dibawa bersama dan tertinggal di dalam rumah.

SCMP/Facebook

Pemuda ini perlu kembali bekerja selepas menyerahkan kunci itu, dan dengan fikirannya yang sedang berkecamuk dia terus bertindak menunggang basikalnya dari arah yang bertentangan supaya dia dapat menghantar kunci itu dengan segera kepada teman wanitanya yang sedang menunggu. Walau bagaimanapun, pemuda ini telah ditahan oleh anggota polis trafik kerana melanggar undang-undang.

Dalam keadaan terdesak, pemuda ini kemudian telah menelefon teman wanitanya sambil berkata “Saya telah ditahan menunggang basikal melawan arus. Saya tidak boleh sampai sekarang.”

SCMP/Facebook

Menyedari pemuda ini sedang berada di ambang tekanan yang amat sangat, anggota polis yang bertugas membantunya dengan menyebut bahawa ia hanya mengambil masa selama beberapa minit.

Selepas bercakap dengan teman wanitanya, pemuda ini dilihat terus kecewa dan berasa lebih tertekan, sehingga terus menghempaskan telefonnya ke tanah. Katanya “Ia sangat tidak adil. Pertama kali saya lakukan semua ini.”

SCMP/Facebook

Sambil menjerit kepada anggota polis dia berkata, “Teman wanita saya terus menekan saya untuk pulang dengan segera. Tetapi saya sedang bekerja lebih masa, saya masih perlu kembali ke pejabat. “

Mulai saat itu, anginnya terus berubah arah dan perasaannya menjadi rapuh. Sambil berasa amat kecewa dan bersedih, dia mula mengeluarkan kad pengenalannya dan memberinya kepada pihak polis sambil memohon melepaskannya pergi.

SCMP/Facebook

Katanya dengan nada keras, “Ya, awak sudah tahan saya. Ambil kad pengenalan saya. Itu sahajakah sudah cukup? Saya merayu, tolong lepaskan saya pergi kali ini sahaja.”

Dia kemudian melutut sambil meminta untuk melepaskannya pergi.

SCMP/Facebook

Sambil cuba untuk menenangkannya, pihak polis meminta pemuda ini supaya dia kembali berdiri semasa mahu menyerahkan kembali kad pengenalannya.

Kemudian pemuda ini berkata, “Saya tidak akan melakukannya lagi. Saya benar-benar kecewa. Saya tidak mahu kad pengenalan itu. Terima kasih semua.”

SCMP/Facebook

Tetapi perkara ini tidak berakhir di situ. Sambil berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapannya, tiba-tiba pemuda ini telah bertindak dengan mula berlari ke arah jambatan berdekatan sehingga mengejutkan anggota polis berkenaan.

Setelah mengejar pemuda tersebut dan menariknya, anggota polis ini telah memintanya supaya menenangkan diri.

Pemuda ini menjawab sambil menjerit, “Saya akan jadi gila!”

SCMP/Facebook

Sambil menunjukkan perasan belas kasihan anggota polis ini berkata, “Bertenang, ini bukan masalah yang besar.”

Jelas sekali dengan tekanan yang terlalu banyak, pemuda ini mendedahkan gaya hidup tidak sihatnya yang sering bekerja lebih masa sehingga jam 11 malam atau 12 tengah malam setiap hari. Dia menjerit bahawa dirinya tidak bermaksud untuk melanggar peraturan.

SCMP/Facebook

Dengan terus menenangkan pemuda itu, polis ini berkata, “Saya akan memberikan kembali kad pengenalan anda. Pergilah pulang dan hantarkan kunci rumah itu kepada teman wanita anda. “

Lelaki ini yang sudah mula menangis kemudian meminta izin untuk terus menangis dan meluahkan perasaannya. Anggota polis terus bersamanya untuk membantu dia melepaskan tekanannya dan menjadi sedikit lega.

SCMP/Facebook

Katanya, “Adalah baik untuk anda berada di bawah tekanan. Tetapi anda hanya perlu bertindak membiarkannya pergi.”

Rakaman video pemuda yang sedang tertekan ini telah dimuat naik di laman Facebook oleh SCMP dan ia terus menjadi tular dengan perdebatan hangat kerana ramai netizen yang dapat merasakan perasaan pemuda ini yang amat kasihan.

SCMP/Facebook

Budaya kerja ‘996’ di kalangan pekerja di China di mana mereka perlu bekerja selama 12 jam sehari iaitu dari jam 9 pagi hingga 9 malam, selama enam hari seminggu dilihat amat membebankan bagi sesetengah pihak. Budaya bekerja selama 72 jam seminggu telah menyebabkan ramai pekerja yang mengalami tekanan perasaan bersama kehidupan yang tidak seimbang.

Walaupun budaya kerja gigih ini telah berjaya membawa China menjadi negara yang mengalami pertumbuhan pesat serta menjadi pesaing ekonomi terbesar dunia dalam tempoh 10 tahun, ia juga telah menjadi punca tekanan perasaan dan keletihan yang amat teruk di kalangan pekerjanya.

Lihat rakaman video di bawah:

South China Morning Post/Facebook

Sumber : South China Morning Post/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular