Persekitaran pada zaman sekarang tidak sebersih pada zaman dahulu, dan ini bermakna kita lebih terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit. Udara yang tercemar boleh mengakibatkan kita terkena asma, batuk, sakit tekak dan pelbagai lagi.

Jika kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan, pasti akan diberikan ubat. Namun bukan semua daripada kita boleh menelan ubat-ubat berkenaan.

Batuk misalnya merupakan mekanisme perlindungan oleh tubuh badan bagi membersihkan saluran pernafasan namun ia juga mungkin menandakan penyakit bronkitis ataupun isu kesihatan yang lain. Pakar menjelaskan bahawa batuk yang akut berlangsung sehingga 3 minggu manakala batuk kronik pula berlangsung lebih daripada 2 bulan.

Batuk akut boleh disebabkan oleh kesejukan, selesema, rengsaan dan pneumonia sementara batuk kronik lazimnya disebabkan oleh alahan, asma, bronkitis dan penyakit refluks gastroesophageal atau titisan postnasal.

Jika anda tidak begitu sukakan ubat batuk sirap, anda boleh cuba cara yang lebih semula jadi untuk menyembuhkan batuk.

Matthew Gavrilovich / Gambar Hiasan

Sesetengah media melaporkan bahawa meminum air yang diperbuat daripada pisang dan madu sebenarnya memberi kesan yang sama dan berkesan dalam menyembuhkan batuk.

Jika anda mahu membuatnya, anda memerlukan:

  1. Pisang yang ranum
  2. Madu (2 sudu besar)
  3. Air (kira-kira 400 milimeter)

Nota : Pisang organik dan madu mentah organik memberikan kesan yang lebih baik

Cara-caranya:

  1. Didihkan air dan hancurkan buah pisang dengan sudu kayu
  2. Tambahkan air pada puri pisang sebentar tadi dan biarkan ia menyejuk selama setengah jam
  3. Tambah madu dan kacau sehingga rata

Minum 100 milimeter daripada air campuran pisang dan madu berkenaan 4 kali sehari. Pastikan ia dipanaskan terlebih dahulu sebelum minum.

Shared / Gambar Hiasan

Menurut pakar nutrisi, buah pisang berkesan meningkatkan tahap serotonin, di mana ia membantu anda tidur dengan lebih baik.

Max Pixel / Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan terhadap pisang yang masak ranum sahaja (terdapat tompokan coklat). Elakkan pisang muda ya!

Sumber: Shared

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular