SKUDAI – Satu foto menyentuh hati yang menunjukkan seorang pekerja sebuah restoran mamak yang sedang menyuap seorang lelaki kelainan upaya, tular di laman Twitter.

Najib Fiqri|Twitter

Gambar yang menunjukkan seorang pekerja lelaki sedang menyuap seorang lelaki kelainan upaya dipercayai berlaku di Restoran SA Maju dan dimuat naik pada 22 April lalu. Tweet berkenaan mendapat lebih 27,000 retweet setelah dimuat naik.

Pekerja restoran berkenaan dikenali sebagai Imran. “Dia kelihatan sombong namun sebenarnya baik hati,” tulis seorang pengguna Twitter. “Dia telah bekerja di SA Maju selama 5 tahun. Layanannya kepada pelanggan juga amat baik,” tambahnya.

Najib Fiqri|Twitter

Selain daripada itu, Imran juga mahir membuat teh tarik. “Teh tarik yang dibuatnya tidak pernah mengecewakan,” tulis seorang lagi pengguna.

Sementara itu, terdapat tweet daripada pengguna lain yang mendoakan semoga Imran berjaya dalam hidup dan menjadi pemilik 10 buah restoran mamak. Kesimpulannya, orang baik masih wujud di dunia ini!

Tweet yang tular berkenaan boleh dilihat di bawah:

Sumber: SAYSNajib Fiqri|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular