Anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Walaupun semenjak kecil lagi umat Islam sudah diajar dan diberitahu bahawa menyentuh anjing dan khinzir itu adalah perbuatan haram, namun harus diingat yang haiwan-haiwan ini juga adalah makhluk ciptaan Allah.

Maka sebagai makhluk ciptaan Allah, kita juga harus berbuat baik sesama makhluk yang lain.

Kompas Sains /Gambar Hiasan

Maka, perbuatan berbelas kasihan kepada semua haiwan seperti memberi makan termasuk kepada anjing atau khinzir bukan satu perkara yang haram tetapi harus untuk dilakukan.

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Dazrin dalam satu post di laman Instagram peribadinya menulis, “Berihsan dengan haiwan, khususnya anjing atau khinzir itu bukanlah satu benda haram untuk dilakukan. Perlu kita perbetulkan fahaman tentang ‘Haram’-nya anjing dan khinzir. Kita diharamkan untuk makan daging mereka atau bergomol dengan mereka, bukan mereka itu sendiri yang ‘Haram’.”

Ustaz Wan Dazrin / Gambar Hiasan

Baru-baru ini seorang gadis telah memuat naik satu jalur di laman Twitter menceritakan perkara yang sama yang pernah dilakukan oleh arwah bapanya.

@innn_/Twitter

Dalam perkongsiannya itu, gadis ini telah menceritakan tentang bagaimana seekor anjing liar di kawasan rumahnya yang sangat rapat dengan arwah ayahnya hanya kerana dia selalu diberi makan.

@innn_/Twitter

Arwah ayah gadis ini telah menjaga anjing yang diberi nama Johnny bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali dia makan di luar, arwah ayahnya tidak pernah lupa untuk mengutip dan membawa pulang tulang ayam, sehinggakan kadang-kadang dia akan meminta sisa-sisa tersebut di meja orang lain.

Walaupun perbuatan itu dilihat sebagai memalukan, namun arwah ayahnya tidak pernah mengambil kisah kerana dia tahu Johnny akan kenyang.

Baca perkongsian penuh gadis ini.

@innn_/Twitter

@innn_/Twitter

@innn_/Twitter

@innn_/Twitter

@innn_/Twitter

Sehingga pada hari ayah gadis ini dijemput Ilahi dan Johnny juga turut bersedih kerana merasai kehilangan rakan karibnya.

@innn__/Twitter

 @innn__/Twitter

Gadis ini turut berkongsikan beberapa perbualan mereka sekeluarga yang menunjukkan betapa sayangnya arwah ayahnya kepada Johnny.

@innn__/Twitter

@innn__/Twitter

 @innn__/Twitter

@innn__/Twitter

@innn__/Twitter

 @innn__/Twitter

Selepas tweet ini tular, ramai netizen yang meluahkan rasa sebak dan terharu dengan pemergian ayah gadis ini.

@innn__/Twitter

Ada juga yang menyatakan kesudian untuk menghulurkan bantuan kepada Johnny sekiranya diperlukan di samping memberi kata-kata semangat.

@innn__/Twitter

Bahkan, ada yang risaukan keadaan Johnny, lebih-lebih lagi selepas ketiadaan ayah gadis ini.

 @innn__/Twitter

 @innn_/Twitter

Walaupun rakan kesayangannya sudah pergi menemui Ilahi, Johnny tetap dijaga dengan baik oleh ahli keluarga yang lain.

@innn__/Twitter

@innn__/Twitter

Semoga arwah ayah @innn_ ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : @innn_/TwitterSAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular