Sakit mata, sakit hati rasanya apabila melihat bahagian bawah kuali, periuk atau cerek berwarna hitam dan kekuningan kesan dibakar api dapur masak. Hendak gantung perkakas tersebut di dapur pun rasa malu kerana itu akan menyebabkan pemandangan dapur menjadi kurang menyenangkan.

Bukan tidak cuba tetapi sudah puas kita menyental perkakas dapur itu dengan bermacam-macam jenis sabun dan berus dawai tetapi kotoran tersebut tetap tidak mahu tertanggal.

Usah risau, ada kaedah yang mudah, pantas dan menelan kos yang sangat murah untuk membersihkan bahagian yang kotor tersebut seperti yang di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Hani Mynis.

Beginilah keadaan biasa bawah periuk atau kuali selepas kerap digunakan. Memang susah kotoran tersebut hilang bukan?

Hani Mynis menggunakan barang ‘ajaib’ yang ternyata berkesan menghilangkan kotoran tersebut

Lihatlah perbezaan bahagian yang belum disental dengan menggunakan barang ‘ajaib’ dan bahagian yang telah dibersihkan

Sental lagi bahagian yang kotor itu sehingga kotoran tertanggal

Akhirnya…Wah, bersih sungguh. Macam kuali baharu!

Inilah barang ‘ajaib’ yang digunakan oleh Hani Mynis. Memperkenalkan ‘Kitchen Strong Decontamination Metal Rust Remover Cleaning Brush Wash Tools’

Alat pembersih ini boleh dibeli secara atas talian atau anda juga boleh mendapatkannya di Daiso. Menurut Hani Mynis, harganya tidak sampai RM2 pun! Wah, betul-betul murah. Apa yang lebih menarik lagi ialah anda tidak memerlukan sebarang sabun khas ketika membersihkan periuk. Hanya sental ‘bontot’ periuk dengan alat pembersih ini bersama air bersih dan gosok sehingga kotoran hilang.

Jangan lupa dapatkan alat pembersih ini. Memang berbaloi!

Sumber: FACEBOOK | HANI MYNIS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular