Mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula adalah moto hidup yang penting jika anda mahu melakukan bahagian anda untuk membantu menyelamatkan alam sekitar.

Pada masa ini, tidak dapat dinafikan semakin banyak jenama yang mula menjalankan program-program sebegini dengan tujuan untuk menyelamatkan alam sekitar.

Salah satu syarikat yang ingin memberi impak positif terhadap alam sekitar ialah syarikat produk kecantikan, L’Occitane Malaysia.

Pamper

Sekiranya anda tidak tahu, syarikat ini sebenarnya ada menawarkan program kitar semula di mana anda boleh membawa bekas produk kecantikan yang telah kosong ke kedai mereka supaya bekas-bekas tersebut boleh dilupuskan dengan cara yang betul.

Program ini dikenali sebagai Big Little Things dan telah dilancarkan pada Hari Bumi, 22 April dalam usaha untuk meminimumkan kemudaratan pada alam sekitar.

StarLifeInspired/Instagram

LifeStyleAsiaKL/Instagram

L’Occitane Malaysia telah bekerjasama dengan iCYCLE Malaysia yang akan mengumpul bahan kitar semula yang akan diproses dan dikitar semula menjadi produk lain.

iCYCLE adalah syarikat yang ditubuhkan khusus untuk mengitar semula bahan-bahan yang tidak dapat dikitar semula melalui proses biasa dan L’Occitane bekerja keras untuk memastikan proses kitar semula lebih mudah diakses oleh semua orang.

Marie Claire/Instagram

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengumpul mata dan kemudian menebusnya untuk hadiah dari L’Occitane apabila anda mengitar semula! Program ini dijangka akan kekal berlangsung dan telah pun bermula.

L’Occitane

Untuk menyertai program ini, anda perlu memastikan perkara-perkara ini:

  1. Anda boleh membawa sebarang bekas kosong bersaiz penuh bagi produk kecantikan dan penjagaan kulit ke cawangan-cawangan yang mengambil bahagian
  2. Pastikan bekas itu kering dan bersih
  3. L’Occitane turut menerima bekas kosong dari APA-APA jenama
  4. Jika anda mengitar semula bekas L’Occitane maka anda akan diberi ganjaran. Untuk setiap bekas L’Occitane kosong, anda akan menerima satu setem
  5. Kumpulkan sekurang-kurangnya enam setem

Lawati mana-mana 15 cawangan L’Occitane yang mengambil bahagian untuk mengitar semula bekas-bekas ini dan raih ganjaran yang menarik!

Ini adalah senarai 15 cawangan yang menyertai program kitar semula pada masa ini:

L’Occitane

Sumber: L’OccitaneWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Kempen

Video Popular