MELAKA: Sebuah hospital wanita, kanak-kanak bernilai RM500 juta akan dibina bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Melaka mulai tahun depan.

Head Topics

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kompleks baru hospital tersebut mampu menempatkan sejumlah 440 buah katil dan sekali gus dapat mengatasi masalah kesesakan di wad bersalin dan kanak-kanak hospital itu antara 35 hingga 40 peratus berbanding sekarang.

“Hospital wanita dan kanak-kanak (WCH) ini akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar iaitu di atas tapak Kolej Pengajian Kejururawatan Melaka yang terletak bersebelahan Hospital Melaka, di Jalan Mufti Haji Khalil di sini.

“Kita harapkan kerja-kerja awal dapat dilaksanakan mulai tahun 2020 dan dalam anggaran tempoh dua atau tiga tahun iaitu antara 2022 atau 2023, bakal beroperasi,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia

Menurutnya, kerja-kerja awal untuk memohon peruntukan berjumlah RM200,000 daripada Unit Perancang Ekonomi sudah dijalankan bagi melaksanakan proses awal pembinaan.

Dalam lawatan itu, Dzulkefly turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM17,000 untuk membeli 10 unit kerusi hemodialisis dan RM90,000 untuk pembelian 10 unit troli pesakit, kedua-dua di Hospital Melaka.

SirapLimau

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM83,400 bagi membeli dua mesin dan dua kerusi hemodialisis untuk kegunaan Klinik Kesihatan Cheng.

Dzulkefly berkata kerja menaik taraf sistem bekalan elektrik hospital berkenaan yang membabitkan kos berjumlah RM29.8 juta dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2021.

Jelas beliau, projek tersebut telah diluluskan pada 2016 dan penting bagi memastikan operasi hospital itu berjalan lancar dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pendekatan menyewa fasiliti, mesin dan peralatan perubatan di hospital, katanya dapat memastikan pesakit memperoleh mendapat rawatan terbaik.

Twitter

“Kaedah sewa ini melibatkan peralatan atau mesin perubatan yang besar dan mahal seperti Magnetic Resonance Imaging, CT Scan, katil khas untuk wad ICU dan mesin EGC kerana kita menghadapi kekangan kewangan,” katanya.

Dalam masa sama, kementerian turut berharap wujud kerjasama awam dan swasta dalam usaha memastikan kemudahan atau fasiliti perubatan dapat ditambah baik.

Katanya dengan memberi contoh, kolaborasi hospital itu dengan hospital swasta seperti Hospital Pakar Putra dan Pantai yang mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap termasuk tenaga pakar tentu.

Sumber: Utusan Malaysia, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular