Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak-anak tiada tolok bandingnya. Mana tidaknya, mereka sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat tersayang. Proses kelahiran pula boleh berjalan dalam jangka masa yang lama.

Ibu yang bakal melahirkan bayi akan berhadapan dengan kontraksi, di mana jangka masanya bergantung kepada individu itu sendiri. Jika lama sakit kontraksi, maka lamalah si ibu perlu bertahan.

Ada yang melahirkan secara normal mahupun pembedahan caesarean. Baiklah, untuk lebih memahami bagaimana pembedahan berkenaan berlangsung, teruskan membaca ya!

Baru-baru ini, tular satu video di internet yang menunjukkan demonstrasi pembedahan caesarean menggunakan bawang dan ia mungkin lebih sesuai disaksikan oleh mereka yang takut pada pembedahan mahupun darah.

Beginilah keadaan bawang yang dianggap sebagai wanita mengandung yang bakal melahirkan bayi, sebelum pembedahan berlangsung

Basmi kuman pada permukaan kulit yang akan dibedah menggunakan alkohol

Lapisan pertama bawang berkenaan dipotong menggunakan pisau dan diikuti lapisan demi lapisan…

…sehinggalah bayi kelihatan

Bayi akan dikeluarkan

Tali pusat bayi kemudiannya dipotong dan dibersihkan

Tubuh bayi dibalutkan dengan kain

Kini tibalah masa untuk luka si ibu ditutup dan dijahit

Setelah siap dijahit, bersihkan jahitan berkenaan dengan cecair nyah kuman

Pembedahan berjaya!

Menurut doktor, untuk pembedahan ini, perut ibu akan dipotong sepanjang 9 sentimeter bagi membolehkan bayi dikeluarkan dan sebanyak 8 lapisan yang perlu dipotong iaitu kulit, tisu subcutaneous, fascia, peritoneum, uterine fascia, kaviti abdominal, uterine lapisan otot dan lapisan amniotik.

Tonton video demonstrasi tersebut di bawah:


模擬剖腹產|YouTube

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular