Baru-baru ini satu rakaman video memasak di laman Twitter telah menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter iaitu @azfarheri telah memuat naik video tentang cara membuat Puding Roti Kastard bersamanya. Memang amat melucukan dan anda pasti tidak tertahan untuk tergelak.

Video dengan kapsyen, ‘Marilah buat puding roti kastard bersama-sama saya, Hhahahha’, telah meraih hampir 100 ribu tontonan, 7,000 retweet dan 6,000 netizen yang suka.

@Azfarheri/Twitter

Azfar atau nama sebenar Azfar Herisyam yang  berusia 21 tahun berkata dia mula membuat video tutorial memasak berunsur lawak jenaka serta dengan cara ringkas ini sejak bulan 8 tahun lalu.

Azfar merupakan seorang anak muda yang gemar memasak dan resipi yang digunakan kebanyakannya diambil dari ibunya dan laman YouTube.

 

View this post on Instagram

 

Mana boat i ?

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri) on

azfarheri/Instagram

Azfar memiliki lebih 7 ribu pengikut di laman Instagram dan dia turut memuat naik beberapa video tutorial memasak dan resipi mudah yang lain dalam akaun media sosial lain dengan hashtag #AzfarMasak #AzfarHeriDanceCover #AzfarHeriVids

Antara video masakan dan tutorial yang dimuat naik oleh Azfar disertakan dengan resipi penuh menu adalah seperti di bawah.

 

View this post on Instagram

 

[EPISODE 10] BUTTERMILK CHICKEN 🐔🥞🐓 . Bahan bahan nya : 👻 (AYAM) – Ayam (dipotong ikut suka kalau taknak potong pun takpa masuk je sekor besar besar tu). – 1 sudu kecil garam – 1 sudu kecil gula. – 1 sudu besar serbuk kari – 2 sudu besar tepung gandum – 1 biji telur . (BUTTERMILK) – 2 sudu besar butter – cili api (dipotong kecil) – daun kari (nak rasa kari lebih masuk je banyak) – 1 tin susu cair. – 1 keping cheese (nak lebih pun boleh) – 1 sudu kecil garam (secukup rasa) – 1 sudu kecil gula (secukup rasa) . Okay fanssss harini kita masak menu yang famous di abad ini, buttermilk chicken !!! yess tak susah pun nak buat and bahan dia pun tak pakai banyak sikit je, kalau nak tambah rasa pedas boleh letak black paper sikit , tambah je apa nak tambah biar jadikan recipe sendiri tapi jangan la pulak kau tambah buah tembikai pulak aku pukul kang HAHAHA OKAY SELAMAT MENCUBA MUAH 💋💋 . #SayaMemasakAndaMenontonSayaMakanAndaTerliur #AzfarMasak #MakanMakan #Lunch #CookingShow #Makan

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri) on

azfarheri/Instagram

 

View this post on Instagram

 

[EPISODE 13] SPAGHETTI GORENG BERLADA 🍝🌶🌶🌶🌶🥵🥵🥵 . Bahan bahan nya : 👻 – Spaghetti (direbus) – Ayam (di potong kecik). – 1 biji bawang besar (dipotong dadu) – cili api & cili merah (mengikut kesukaan anda nak letak berapa) – 1 sudu besar cili kisar – belacan (besar / separuh ibu jari) – 1 sudu besar kicap manis – 1 sudu besar sos tiram – garam secukup rasa – 1 biji telur – 1 sudu majerin (pengganti minyak masak) . DAH NAK HABIS TAHUN 2018 ni dahhhhh sekejap je, so sebagai minggu penutup 2018 ni kita masak spaghetti goreng pedas ! jarang dengar kan haa dia lebih kurang macam masak nasi goreng cuma kita tukarkan nasi tu kepada spaghetti and its so delicious percaya la ! makanan diet yang bagus ! tapi hakikatnya aku tak kurus2 pun HAHAHAHA oh tambahan ! kalau ada olive oil lagi sedap ! ganti kan dengan majerine tu 😍 okay see you in next episode pada tahun hadapan and selamat mencuba ! ❤️❤️🌶🌶 . #SayaMemasakAndaMenontonSayaMakanAndaTerliur #AzfarMasak #MakanMakan #Lunch #CookingShow #Makan #AyamBerlada

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri) on

azfarheri/Instagram

Tidak dinafikan, video yang disediakan sedikit sebanyak dapat memberi semangat buat anak-anak muda di luar sana untuk mencuba sendiri resipi dengan tutorial masakan yang telah disediakan dan dimuat naik oleh Azfar.

azfarheri/Instagram

azfarheri/Instagram

Gelagat Azfar ketika menunjukkan resipi dan cara memasak telah menjadikan kerja di dapur itu sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan serta mambuat semua orang terasa lapar dan ingin mencuba resipi yang telah disediakannya.

Sumber : @Azfarheri/Twitter , SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular