Ramai pemerhati China percaya bahawa 10,000 orang pengamal Falun Gong yang berkumpul di luar ibu pejabat Parti Komunis di Beijing pada 20 tahun lepas, iaitu pada tarikh 25 April 1999 adalah punca untuk penindasan besar-besaran yang berlangsung sehingga ke hari ini.

Faktanya, perhimpunan berkenaan dilangsungkan secara aman dan damai. Tetapi, pihak berkuasa telah menggambarkan perhimpunan berkenaan sebagai pengepungan kepada kerajaan pusat dan digunakan sebagai alasan untuk melancarkan kempen penganiayaan tanpa henti terhadap pengamal Falun Gong.

minghui.org

Tujuan perhimpunan pada 25 April 1999 itu sebenarnya adalah untuk menyampaikan petisyen kepada rejim untuk memberikan status sah dan berhenti mengganggu penganutnya.

Gangguan terhadap pengamal Falun Gong telah bermula seawal bulan Jun 1996, apabila Kementerian Propaganda mengarahkan pelbagai peringkat kerajaan untuk mengkritik amalan tersebut. Kemudian, buku Falun Gong dilarang daripada diterbitkan atau diedarkan, dan polis di seluruh negara mula merampas buku Falun Gong dari pengamal dan mengganggu sesi amalan kumpulan ini.

Kemudian, sebuah majalah kebangsaan yang berpusat di bandar pantai Tianjin menerbitkan sebuah artikel yang memfitnah Falun Gong.

Segala tindakan yang diambil akhirnya memberi kesan kepada para pengamal kerana artikel itu memaparkan kesan negatif amalan ini, jadi ada pihak yang meminta artikel itu ditarik dan ditulis semula untuk membetulkan laporan palsu itu, sementara banyak pihak yang lain pergi ke Tianjin untuk cuba memperbaiki masalah itu secara langsung.

Pada 23 April, polis rusuhan datang untuk membubarkan pengamal dengan menggunakan meriam air bertekanan tinggi, dan 45 orang pengamal ditangkap. Penangkapan ini seterusnya menyebabkan pengamal pergi merayu di Perbandaran Tianjin. Di sana, para pegawai memberitahu mereka untuk pergi membuat rayuan di Pejabat Rayuan Majlis Negeri di Fuyou Street di Beijing.

“Kami tidak boleh bertanggungjawab untuk perkara ini. Pergi ke Beijing, Kementerian Keselamatan Awam sudah tahu mengenainya,” kata seorang pegawai, menurut Minghui.org.

Berita ini tersebar dengan cepat dalam komuniti Falun Gong, dan dengan niat baik, beribu-ribu pengamal dari Beijing dan bahagian lain di negara itu pergi ke pejabat rayuan, dan secara tidak langsung menjadi perhimpunan awam spontan terbesar sejak tahun 1989, melebihi bilangan kehadiran protes pelajar terhadap Tiananmen Square.

minghui.org

Bantahan secara senyap

Apabila pengamal Falun Gong mula tiba di Fuyou Street pada awal pagi 25 April, terdapat kira-kira 1,000 orang pegawai keselamatan awam dan pegawai-pegawai lain.

Beberapa orang pegawai berkomunikasi melalui radio mereka, dan ada antara mereka yang membawa pengamal ke kawasan tertentu. Apabila pengamal mendekati pejabat rayuan, ada antaranya yang diarahkan pergi ke seberang jalan ke Zhongnanhai, sebuah kompleks bangunan yang berfungsi sebagai ibu pejabat Parti Komunis China dan kerajaan pusat.

Tindakan ini meletakkan mereka dalam kedudukan seperti mengepung Zhongnanhai. Malah, taktik ini kemudiannya digunakan untuk menuduh para pengamal yang datang telah “mengelilingi” atau “mengepung” kerajaan pusat dengan cara yang mengancam.

Foto yang dirakam oleh ABC menunjukkan perhimpunan dalam keadaan yang aman yang mana semua pengamal dari pelbagai peringkat umur berhimpun sepanjang kira-kira dua kilometer di sepanjang laluan tepi jalan di Fuyou Street dan jalan-jalan yang berdekatan. Ada antaranya yang mengamalkan senaman Falun Gong yang bergerak perlahan, sementara yang lain duduk atau membaca. Terdapat banyak ruang yang dikosongkan untuk pejalan kaki yang ingin melintas, dan aliran lalu lintas tidak diganggu; bagaimanapun, polis menutup jalan selepas ramai orang berkumpul.

Tiada laungan slogan atau sepanduk yang dibawa, malahan para pengamal mengawal kelakuan mereka dan membawa beg untuk mengutip mana-mana sampah yang mungkin secara tidak sengaja terjatuh di jalanan.

“Tiada rekod, filem, atau akaun yang munasabah yang menunjukkan bahawa pengamal Falun Gong melakukan apa-apa walaupun berlakunya provokatif samar-samar semasa keseluruhan episod, yang berterusan selama 16 jam. Tiada sampah, rokok, laungan, atau bercakap dengan wartawan,” tulis penulis dan penganalisis China, Ethan Gutmann dalam artikel “Kejadian di Jalan Fuyou” (An Occurrence on Fuyou Street).

Para pengamal yang berkumpul mempunyai tiga permintaan: melepaskan pengamal Tianjin yang ditangkap; membenarkan pengamal Falun Gong beramal di persekitaran yang aman; dan menarik semula larangan untuk menerbitkan buku Falun Gong.

Beberapa pengamal yang berkumpul di pejabat rayuan telah dijemput masuk ke dalam pejabat untuk bercakap dengan mantan Perdana Menteri Zhu Rongji; Zhu kemudian mengeluarkan perintah untuk melepaskan mereka yang ditangkap di Tianjin. Sekitar pukul 9 malam, satu mesej telah tersebar dalam kalangan pengamal bahawa isu-isu tersebut pada dasarnya telah diselesaikan dan bahawa mereka boleh pulang.

Oleh itu, orang ramai telah pulang secara aman seperti mana keadaan ketika mereka datang, tanpa curiga bahawa masalah yang lebih besar akan mendepani mereka.

Kempen keganasan bermula

Tiga bulan kemudian, pada 20 Julai, pemimpin Parti Komunis China (PKC) Jiang Zemin secara tidak sah telah mengharamkan pengamalan Falun Gong untuk kepentingan peribadinya.

Jiang menggunakan peristiwa 25 April untuk “membuktikan” bahawa amalan Falun Gong adalah amalan yang dirancang dan merupakan ancaman politik yang nyata. Tetapi sebenarnya, Jiang telah memutuskan untuk melarang amalan itu sebelum rayuan: dia telah menubuhkan 6-10 pejabat untuk mengawasi semua aspek kempen penganiayaan.

Apa yang perlu dilakukannya sekarang adalah untuk meyakinkan Parti Komunis Politburo. Dalam satu surat kepada Politburo yang ditulis pada malam demonstrasi dan diterbitkan secara terbuka pada tahun 2006, Jiang menggambarkan Falun Gong sebagai organisasi keagamaan berperingkat dunia dengan pandangan dunia yang membahayakan komunisme dan Marxisme. PKC tidak membenarkan organisasi bukan kerajaan wujud di luar pengawasannya, jadi dengan menggambarkan Falun Gong sebagai salah satu daripada organisasi ini telah menjadikan Falun Gong adalah sasaran politik yang sah.

Sebuah filem berdurasi satu jam yang menggambarkan demonstrasi itu sebagai tindakan pengganas telah diterbitkan, dan media negara melancarkan serangan propaganda yang menggambarkan peristiwa berkenaan sebagai sebuah rusuhan.

“Oleh kerana media Barat hanya tahu sedikit sahaja tentang Falun Gong, maka fiksyen ini bertahan dengan tarikh yang sama… Ini berulang dalam karya-karya ilmiah mengenai sejarah Falun Gong, dan dianggap hampir sebagai dosa asal pergerakan ini,” tulis Gutmann mengenai penyebaran berita yang salah mengenai Falun Gong.

minghui.org

“Idea bahawa Falun Gong mengepung Zhongnanhai dengan cara yang mengancam adalah transmisi langsung pihak Barisan Komunis… Apapun yang anda panggil demonstrasi, perhimpunan itu tidak disasarkan secara khusus di Zhongnanhai, apalagi pengepungan itu. Walau apapun, bagi penduduk China bahawa Falun Gong cuba untuk capai, Parti mereka masih ‘memiliki’ bahasa dan sejarah.”

Penganiayaan kejam yang dimulakan oleh Jiang adalah permulaan kempen keganasan komunis yang baru yang tidak pernah dilihat sejak Revolusi Kebudayaan, dan menyebabkan kematian dan penderitaan yang tidak terhingga.

“Tindakan keras itu dibenarkan dengan mitos satu hari yang terkenal – 25 April – sebuah fiksyen yang dianggap sebagai alasan untuk menghalalkan penganiayaan yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang terus berlanjutan sehingga hari ini,” tulis Gutmann.

“Pada 25 April lalu, tarikh ini hanya membuka umpan dan suis yang rumit, dengan Falun Gong sebagai alasan.”

 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran

Video Popular