Jika ditanya orang ramai tentang ‘prank’ pasti majoriti akan tahu apa yang dimaksudkan. Memang seronok dapat melakukan gurauan kepada orang di sekeliling sehingga adakalanya gelak ketawa pun susah dihentikan.

Namun, hati-hati dengan gurauan kerana tidak semua orang dapat menerimanya dengan baik. Tetapi, bagaimana pula jika anda melakukan ‘prank’ tetapi individu yang seharusnya menjadi ‘mangsa’ tidak terkesan dengan gurauan itu? Pastinya ‘prank’ anda gagal!

Kali ini seorang pelajar kolej, Kiara Owens cuba mengenakan ayahnya sendiri, Larry Owens dengan ‘prank’ nya. Namun, sebagai seorang kaunselor sekolah, Owens nampaknya lebih tenang sahaja. Apa agaknya yang berlaku sebenarnya?

Twitter

Keseronokan bermula apabila Kiara menziarahi keluarganya di Texas. Dia dan rakannya memutuskan untuk ‘menipu’ ayahnya sempena dengan Hari April Fool, jadi mereka melakukan “cabaran cawan air” seperti yang dilihatnya di internet.

Apa yang perlu dilakukan dalam cabaran ini ialah memegang gelas yang penuh dengan air dengan hanya menggunakan pemegang penyapu. Sesiapa yang berjaya menurunkan cawan ke lantai tanpa menumpahkan sedikit air pun akan dikira sebagai pemenang.

Twitter

“Kami melihat orang lain mencuba cabaran ini dan ada juga yang gagal dan ayah sentiasa memberikan galakan kepada kami supaya kami mencuba cabaran tersebut,” jelas Kiara.

Dia dan kawannya kemudian meletakkan cawan seperti di dalam cabaran internet dan terus berlari sambil mengatakan, ‘Jumpa nanti, Larry!’

Apa yang Kiara cuba lakukan ialah untuk ‘memancing’ ayahnya supaya keluar dan melakukan cabaran itu. Kiara bersama rakannya menunggu di luar dan menyaksikan apa yang dilakukan oleh ayahnya dan dia terkejut kerana ayahnya berjaya melakukan cabaran itu dengan mudah sekali!

Twitter

“Wha-a-a-at ?!” anda boleh mendengar suara Kiara seolah-olah tidak percaya yang ayahnya dengan mudah menyelesaikan cabaran tersebut.

“Kami terkejut, saya benar-benar menjangkakan ayah gagal,” katanya kemudian. “Cara dia mengendalikan cawan tersebut akhirnya membuat kami ketawa.”

Kiara kemudian memuat naik video itu di akaun Twitternya sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. Klip video tersebut menjadi ‘viral’ dan hingga kini telah ditonton lebih daripada 2 juta kali serta menerima puluhan ribu komen.

Kiara tidak percaya video itu telah menjadikan ayahnya terkenal di internet, tetapi dia tidak sabar untuk berkongsi gambar lucu ayahnya selepas mengetahui perkara itu.

Twitter

Ini adalah cabaran yang sukar sebenarnya, tetapi nampaknya guru ini mampu melakukannya dengan mudah. Apa kata jika anda melakukannya sendiri di rumah dan lihat reaksi ahli keluarga anda, pasti banyak adegan lucu yang berlaku!

Sumber: INSPIRE MORE , @kiaragowens|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular