Kebanyakkan daripada kita hampir terlupa untuk memupuk perasaan sayang di antara cucu-cucu dengan datuk dan nenek. Perhubungan ini amatlah penting kerana itu menandakan ikatan kekeluargaan yang mesra dan kuat.

Seorang lelaki berusia 74 tahun yang tidak begitu celik teknologi dan oleh tidak tahu bagaimana untuk menghantar mesej Whatsapp telah pergi ke kedai telefon untuk mendapatkan bantuan demi untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke 21 kepada cucunya.

Cucunya, Jamie Yeoh telah berkongsi tindakan datuknya itu di Twitter, yang telah menyentuh hati ramai netizen. Datuknya menghantar gambar sehelai kertas dengan tulisan tangan:

“John Yeoh,

Happy birthday

Jamie Yeoh.”

Dia berkongsi kepada WORLD OF BUZZ bahawa dia dan datuknya dari semasa ke semasa akan berkomunikasi melalui telefon kerana dia sedang belajar di Subang dan datuknya tinggal di Pulau Pinang.

“Kami tidak begitu rapat tetapi kami terus berhubung dan dia seorang datuk yang sangat baik.”

Menurut Jamie lagi, datuknya juga pernah membuat kejutan ketika Hari Krismas lalu.

“Saya sangat tersentuh kerana dia benar-benar tahu dan ingat warna kegemaran kami.

“Dia juga merupakan seorang duda. Nenek saya meninggal dunia 20 tahun yang lalu, sehingga hari ini, dia pergi melawat kubur nenek dengan membawa bunga.”

Selagi hayat dikandung badan, limpahilah kasih sayang dan gembirakanlah mereka.

Sumber: @jamieyeoh|Twitter, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular