Siapa sahaja tidak mengenali jurusolek selebriti yang terkenal di Malaysia iaitu Syed Dewa yang sering mencantikkan wajah artis seperti Neelofa, Nora Danish, Nabila Razali dan Scha Al-Yahya dengan hasil solekannya.

Twitter @syedewa

Selain menjadi pakar solekan dan mempunyai peribadi yang mesra serta mudah didekati, Syed Dewa juga kini telah melancarkan koleksi alat solek keluarannya sendiri iaitu ‘SYEDEWACOSTEMICS‘.

Twitter @syedewa

Malah lebih mengejutkan lagi, Syed Dewa akan menggunakan sarung tangan bagi menyolek mana-mana pelanggan wanita yang berhijab bagi menjaga batas. Tindakannya ini menerima pujian melambung daripada para netizen.

Sebagai seorang jurusolek pakar, Syed Dewa sering mengongsikan tips dan pengetahuan mengenai solekan serta jenis muka pelanggan-pelanggannya. Justeru, baru-baru ini beliau telah berkongsi beberapa tips solekan yang sesuai dan sempurna bagi bakal pengantin yang ingin menggayakan busana tradisional.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter beliau, solekan adalah berbeza bagi individu yang ingin menggayakan busana tradisional polos seperti baju kurung pahang atau memilih busana yang lebih sarat dengan perincian manik serta aksesori…

“Untuk pengantin yang pilih baju yang sarat dengan manik dan aksesori, solekan pun kena seiring supaya boleh sebati dengan baju.”

Instagram @syedewa

Jelas Syed Dewa, beliau tidak begitu menggemari teknik solekan yang tebal. Apa yang penting baginya adalah pemilihan tona bedak asas serta warna gincu yang bersesuaian dengan warna kulit seseorang.

Foundation kalau kulit tiada masalah, aku suka nipis sahaja.”

Bagi membentuk bahagian kening dan pipi pula, Syed Dewa menegaskan bahawa dia gemar mengenakan solekan yang agak tajam dan menyerlah.

“Kening aku suka intense dan tajam. Dalam kes ini, aku cuba buat kening Thailand yang lurus sahaja sebab tengah trend dan muka pengantin aku pun ala-ala Thai. Jadi, aku yakin dia boleh bawa rupa sebegitu. Pemerah pipi memang aku suka yang kuat supaya dapat rupa solekan zaman dahulu. Tapi jangan lah macam kena penampar.”

Untuk bahagian mata pula, Syed Dewa menyarankan bakal-bakal pengantin untuk tidak takut mencuba solekan mata yang berkilau di samping mengenakan bulu mata berganda bagi menjadikan mata nampak lebih besar.

Instagram @lorezt

Apa yang paling penting baginya adalah pemilihan warna gincu yang terang sama ada merah, merah jambu atau ungu lembut (mauve).

Memang cantik sungguh hasil solekan oleh Syed Dewa untuk pengantinnya ini. Memang nampak cantik dan anggun! Sempurna sekali!

Sumber: SAYS@syedewa|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular