Apabila memperkatakan bidang muzik dan nyanyian, semua orang adalah pengkritik dan tidak terkecuali haiwan peliharaan.

Jill mungkin tidak bersedia untuk mengikuti mana-mana rancangan uji bakat nyanyian tidak lama lagi walaupun suaranya itu dikatakan boleh tahan juga dan tidaklah sumbang. Jill bukan penyanyi profesional tetapi hobi yang paling disukainya ialah menyanyikan lagu popular secara rawak di rumah. Biasanya Jill menyanyi secara suka-suka seorang diri di rumah tetapi penghuni yang satu ini bukan penggemar kepada gaya muzik Jill.

ohreally_helen/Instagram

Helen merupakan kucing peliharaan Jill yang mempunyai citarasa berkelas. Helen kucing tuxedo yang cukup comel lagi menyenangkan kecuali apabila menyentuh skil nyanyian Jill, dia akan benar-benar tidak tertahan mendengarnya. Setiap kali Jill mula menyanyi, Helen akan berlari dan menerkamnya. Helen akan melompat ke atas kepala Helen dalam bentuk serangan terjah!

Berapa kerap Jill menyanyi maka akan disertai dengan “serangan” Helen, sehinggakan Jill telah memuat naik video rakamannya yang sedang menyanyi sambil Helen melihatnya dengan wajah yang menjengkelkan dalam ruangan Instagram khas buat kucingnya ini yang bernama ohreally_helen

ohreally_helen/Instagram

Setiap saat dalam video ini amat melucukan dan menggeletek hati sehingga ke akhir. Rakaman bermula dengan Jill menyanyikan lagu Abba sehingga ke lagu “Smelly Cat” dengan terjahan Helen yang amat bencikan kesemua lagu-lagu itu. Kadang-kadang anda dapat melihat Helen tergelincir ke belakang setelah diserang oleh Helen dengan wajahnya yang cukup yakin. Setiap kali Jill menyanyi pasti akan ada campur tangan Helen untuk menghentikannya. Beberapa saat kemudian, akan terdapat kilauan bulu hitam dan putih menerjah seolah-olah menunjukkan luahan ekspresi bahawa gaya nyanyian Jill tidak akan dialu-alukan buat selama-lamanya!

ohreally_helen/Instagram

Walaupun Jill kelihatan seperti diserang oleh Helen dengan cara yang ganas, namun kucing ini tidak pernah mencederakannya. Helen tidak mengeluarkan cengkaman kuku tajam atau menggigit pemiliknya. Dia hanya melompat serta menerkam dengan cara ‘lembut’ dan pantas ke atas kepala Jill dengan maksud perkataan, “Saya tidak suka kamu menyanyi. Hentikannya! “

ohreally_helen/Instagram

Helen pasti tidak suka benar apabila Jill menyanyi, tetapi Jill tidak mengambil kisah dengan kritikan Helen. Lagipun, Helen hanya seekor kucing dan apa yang dia tahu dengan nyanyian sekadar hiburan. Jill terus sahaja menyanyi sebagai hobinya, dengan tidak berapa kisah akan pandangan tajam Helen yang sakit hati itu.

Lihat video lucu ini di bawah.

LADbible/Facebook

Sumber : LADbible/Facebook , Inspiremore

Maybe you're interested :

Share

Video Popular