Kita sering dinasihatkan supaya menjaga kesihatan. Pemakanan harus dijaga, senaman perlu dilakukan dan jangan lupa juga untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Berhadapan dengan masalah kesihatan semestinya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Bayangkan ketika anda melihat orang lain berlari riang anda pula perlu duduk di katil hospital…

Organ dalaman adalah sesuatu yang sangat penting untuk dititik beratkan dan antaranya ialah buah pinggang. Jika anda mengalami kegagalan buah pinggang ia pastinya akan menjadi kesukaran bagi anda untuk merawatnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita mengetahui tanda awal penyakit buah pinggang sebelum penyakit itu menjadi lebih serius.

Melalui status di Facebook, seorang doktor, Dr Abdul Rahim dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ada menjelaskan bahawa fungsi buah pinggang adalah sebagai satu set organ yang menapis semua toksin dari sistem peredaran darah melalui air kencing.

Facebook

Beliau seterusnya menerangkan bahawa apabila buah pinggang kita tidak berfungsi dan hilang keupayaan untuk menapis toksin yang berbahaya dari darah tahap kesihatan kita akan terganggu.

Dr Abdul Rahim juga berkongsi tentang 10 tanda awal yang menunjukkan seseorang mengalami kegagalan buah pinggang.

1. Anda sentiasa rasa ingin membuang air kecil, tetapi jumlah urin sangat sedikit

Ini berlaku apabila proses penapisan dalam organ merosot. Hal ini menyebabkan banyak cairan dalam tubuh yang tidak dapat ditapis sehingga membuatkan anda perlu ke tandas setiap masa.

Huff Post

2. Lebam pada sekeliling mata 

Lebam pada sekeliling mata boleh terjadi kerana kehilangan protein yang sepatutnya disimpan dalam darah anda tetapi ditapis keluar oleh buah pinggang yang tidak berfungsi.

3. Memiliki lebam di sekitar buku lali dan kaki 

Sekiranya anda mempunyai lebam pada sekitar kawasan ini atau jika kulit yang lebam mengambil masa yang lama untuk kembali normal selepas diurut, kemungkinan anda kehilangan banyak protein dan natrium akibat kegagalan buah pinggang.


Facebook


Facebook

Facebook

4. Air kencing berwarna kemerah-merahan

Sekiranya anda mengalami kejadian seperti ini berkemungkinan disebabkan oleh air kencing anda yang mempunyai darah di dalamnya.

obatpenyakitkencingberdarah

5. Urin berbuih

Hal ini menandakan bahawa kandungan protein telah bocor lalu masuk ke dalam air kencing anda kerana buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

6. Kulit kering dan gatal

Ini mungkin berlaku apabila buah pinggang anda tidak dapat mengimbangi tahap mineral. Untuk makluman, air dan nutrien di dalam darah yang memberi kesan ketara kepada kesihatan kulit kita.

NSDermathology

7. Mudah mengalami kekejangan otot

Ini boleh berlaku apabila tahap kalsium dan fosforus anda rendah.

8. Sentiasa berasa lemah, gelisah dan penat kerana tanpa sebab yang jelas

Ini mungkin berlaku apabila kandungan toksin dalam darah adalah tinggi. Buah pinggang yang gagal menyebabkan tahap sel darah merah juga rendah dan boleh menyebabkan anemia.

9. Mengalami masalah tidur

Buah pinggang yang tidak berfungsi akan membuatkan toksin terperangkap di dalam sistem badan anda dan ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur.

10. Hilang selera makan

Oleh kerana jumlah toksin yang berlebihan dalam darah anda disebabkan kegagalan buah pinggang, badan anda akan menolak makanan sehingga menyababkan anda kehilangan selera makan.


Facebook

Selain itu, Dr Abdul Rahim juga menjelaskan bahawa anda akan mempunyai risiko penyakit buah pinggang yang lebih serius jika anda:

  • Mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Menghidap diabetes.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang ada mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Berusia lebih daripada 60 tahun.

Oleh itu, jagalah kesihatan anda kerana setiap organ di dalam tubuh anda adalah penting dan tiada gantinya. Jika ditanya pada pesakit yang berhadapan dengan penyakit serius pasti mereka mahu kesembuhan. Jaga kesihatan dan dapatkan rawatan doktor dengan segera jika anda mengalami simptom-simpton tersebut.

Sumber: Doc Abdul Rahim Nor/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular