KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penambahbaikan melalui penggantian kompenan paip dan peralatan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) telah siap dilaksanakan sepenuhnya kira-kira pukul 11 malam, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, loji Rawatan Air SSP2 kini sedang dalam tempoh pemulihan dan beroperasi semula dijangka akan mengambil masa sekitar 24 jam.

Air Selangor/Facebook

“Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat bermula lewat hari ini namun bergantung kepada lokasi sebagaimana dijadualkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini.

“Ia menepati tempoh masa yang dijangka oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., selaku operator dan SPAN selaku badan kawal selia perkhidmatan air ketika jadual pemulihan dirangka sebelum ini,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

sinar harian/Gambar Hiasan

Tegas beliau, sepanjang tempoh henti tugas dan beroperasi semula loji, SPAN telah memantau secara rapi daripada awal kerja dimulakan sehingga tempoh pemulihan.

“SPAN akan terus memantau secara rapat dengan kerjasama Syabas bagi memastikan bekalan air akan kembali dinikmati pengguna berdasarkan kepada jadual dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau itu menambah, pemulihan adalah secara berperingkat dan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

The Star

Katanya, pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter@air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

“Untuk bantuan bekalan air kecemasan, hantar SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919,” katanya lagi.

Sebelum ini, lebih dari empat juta penduduk mengalami gangguan bekalan air sejak 24 April yang lalu berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di LRA SSP2.

Kerja-kerja penambahbaikan itu telah menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya yang menjejaskan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sumber: Air Selangor/Facebook, Utusan Malaysia, Malaymail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular