Zaman sekarang, semua orang pasti memiliki telefon bimbit sendiri. Malah, ada juga yang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit. Bahkan kanak-kanak juga sudah memilikinya.

Ia sudah menjadi sebagai satu keperluan buat masa kini. Namun, tahukah anda apa kesan terhadap tabiat meletakkan telefon bimbit, tidak kiralah di atas meja, kerusi mahupun di mana-mana sahaja?

Menurut pandangan pakar, telefon bimbit seeloknya diletakkan secara terbalik (skrin menghadap ke bawah). Ini disebabkan oleh apabila telefon bimbit diletakkan secara terbalik, lensa kamera yang berada pada bahagian belakang telefon bimbit akan dilindungi daripada tercalar pada mana-mana permukaan oleh partikel batu dan kuarza. Selain itu, ia mampu menghalang pengumpulan habuk.

brokenwecanfixit.com

Pakar juga berpendapat bahawa apabila telefon bimbit diletakkan secara terbalik, ia dapat mengelakkan skrin telefon terdedah kepada risiko tumpahan cecair.

Android Authority

Jadi, telefon bimbit akan lebih selamat. Majoriti daripada kita yang akan meletakkan telefon bimbit masing-masing secara skrin di atas, bukan? Apa kata mulai hari ini, kita tukar tabiat kita kepada yang lebih baik.

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular