Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas gempa bumi kedua berukuran 6.1 magnitud melanda Filipina pada hari Isnin, 22 April yang lalu.

Philippine Information Agency – Gitnang Luzon

Lima orang dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam runtuhan dinding pasar empat tingkat di Porac, menurut jurucakap Majlis Pengurangan Risiko Bencana Nasional dan Majlis Pengurusan kepada sebuah stesen radio tempatan.

Pihak berkuasa mendedahkan bahawa lebih daripada seratus orang cedera akibat bangunan runtuh.

Semalam, 23 April, Kajian Geologi Amerika Syarikat mengatakan bahawa gempa bumi baharu yang berlaku di bahagian tengah Samar pada ukuran 6.3 magnitud, lebih kuat daripada yang melanda Manila pada hari Isnin yang lalu.

Phres Evardone/Twitter

Sementara itu, pasukan penyelamat bergegas menyelamatkan mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

“Setiap minit, setiap detik adalah kritikal dalam penyelamatan ini,” kata sukarelawan Cris Palcisa kepada AFP, sambil menambah bahawa pasukan itu harus bertindak dengan segera kerana mangsa yang terperangkap hanya mempunyai masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, proses penggalian perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk menyelamatkan mangsa.

Phres Evardone/Twitter

Pampanga Governor Lilia Pineda menjelaskan kepada wartawan bahawa para penyelamat masih dapat mendengar sekurang-kurangnya seorang yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, AFP melaporkan.

Video menunjukkan bangunan bertingkat tinggi yang bergoyang, menyebabkan para pekerja keluar dari bangunan dengan kadar segera selepas gempa pertama berlaku.

Sebuah bangunan di Manila, Kompleks pangsapuri mewah Anchor Skysuites, dirakam sedang bergoyang dengan sangat kuat sehingga menyebabkan simpanan air jatuh dari tangki air yang terletak di atas bumbungnya.

Micheal Rivo/Facebook

Pangsapuri itu dilaporkan sebagai salah satu bangunan tertinggi di kawasan itu.

Micheal Rivo/Facebook

Lebih daripada 400 gempa susulan telah direkodkan selepas kedua-dua gempa bumi itu berlaku.

New York Times memetik Renato U. Solidum Jr., seorang pegawai di Jabatan Sains dan Teknologi, berkata, “Gempa bumi ini bukan gempa bumi yang besar, tetapi gempa ini adalah gempa bumi yang kuat.”

Francelle/Twitter

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai untuk menjangkakan gempa susulan yang lebih kuat selepas ini.

Sementara itu, The Straits Times melaporkan bahawa beberapa penerbangan perlu dibatalkan, kerana Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) menutup landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Clark sehingga Rabu.

Sumber: SAYS, The New York TimesMicheal Rivo/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular