Berita baik buat peminat Marvel di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda berada di Kuala Lumpur pada 26 April ini. Anda hanya perlu lihat ke ruang udara kerana terdapat sesuatu yang menakjubkan untuk dilihat!

Izzrafiq Alias|Star2

Hal ini kerana terdapat pertunjukan lampu bertemakan Avengers bakal diadakan pada jam 8 hingga jam 10 malam di Menara Kuala Lumpur.

Buat mereka yang merupakan peminat tegar siri adiwira Marvel, anda mesti tahu bahawa Avengers : Endgame, iaitu babak terakhir Infinity Saga dipertontonkan hari ini (24 April).

Sebenarnya, pertunjukan lampu ini bertitik tolak daripada idea dan usaha peminat Marvel Malaysia, di mana ia akan menampilkan beberapa Avengers kegemaran anda yang dinyalakan di langit dengan penggunaan 300 dron pemancar cahaya seperti  Captain America, Iron Man, Thor, dan Hulk!

Izzrafiq Alias|Star2

Izzrafiq Alias|Star2

Oleh kerana ia menggunakan pancaran daripada dron, acara ini juga akan tersenarai di dalam Malaysia Book of Records. Hebat bukan?

Jika anda masih belum berkesempatan untuk menonton Avengers: Endgame lagi, dan tidak mahu melihat mana-mana ‘spoiler’ pada suapan media sosial anda mulai hari ini, sebenarnya ada lanjutan Chrome yang anda boleh pasang untuk menyekatnya.

Manakala buat mereka yang sudah menontonnya, jangan pula beritahu apa yang terjadi di dalam filem berkenaan pada orang lain ya!

Baiklah, buat mereka yang mahu menyaksikan pameran lampu itu nanti, anda disarankan untuk melihatnya dalam jarak 300 meter radius untuk pandangan yang lebih cantik.

Sumber: Star2, Bammin/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular