Bekas jurutera NASA, Mark Rober telah menemui satu kaedah saintifik yang sangat menarik dengan menjadikan pasir bertindak seperti air!

Mark bukan sahaja mendokumentasikan keseluruhan proses tersebut tetapi dia juga telah mengisi tab mandiannya dengan bahan berkenaan untuk berseronok dengannya.

Dalam video yang sangat menghiburkan ini, Mark telah memaparkan sesuatu yang disebut sebagai ’tilam cecair’. Ia merujuk kepada fenomena fizikal yang berlaku apabila sejumlah partikel pepejal diletakkan dalam keadaan tertentu yang mengakibatkan bahan campuran pepejal atau cecair bertindak seperti air.

Untuk menjadikan pasir beralun dan berbuih seperti air, Mark memasukkan udara ke bahagian bawah bekas yang mengandungi pasir tersebut. Kemudian, Mark meningkatkan ruang di antara setiap partikel pasir bagi mengurangkan geseran dalaman sekali gus membenarkan setiap partikel pasir untuk bergerak dengan bebas seperti cecair.

“Saya mahu membina satu untuk jangka masa panjang. Tetapi, anda tidak akan menemui sebarang maklumat mengenai cara membuatnya secara talian”

Mark telah menjalankan eksperimen ini lebih daripada 25 kali dan kesemuanya gagal. Ini merupakan ciptaannya yang berjaya buat pertama kali. Lihat video di bawah untuk melihat bagaimana Mark mencipta ‘pasir cecair’ yang hebat ini!

Mark Rober/Youtube

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular