Menjadi satu kelaziman untuk memberikan hadiah sempena meraikan sesuatu kejayaan atau hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan, kenaikan pangkat atau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Waktu itulah kita berpeluang untuk meminta barangan idaman seperti basikal, beg sekolah baharu, kasut roda dan lain-lain daripada ibu bapa sebagai hadiah.

Namun kanak-kanak pada masa kini lebih berminat untuk meminta hadiah gajet daripada ibu bapa masing-masing berbanding barangan lain. Walau bagaimanapun, ternyata masih ada kanak-kanak yang tidak berminat dengan gajet apabila dia memilih kambing sebagai hadiah graduasi.

Alwytz Robiniol Gaoiran/Facebook

Alwytz Robiniol Gaoiran, 11 adalah seorang pencinta haiwan. Apabila dia menamatkan persekolahan dari Sekolah Rendah Buyong, abangnya Alvin Gaoiran Robiniol menunaikan permintaannya dan membelikan seekor kambing seperti yang telah dijanjikan kepadanya. Hadiah ini juga sebagai motivasi buat Alwytz supaya mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera mekanikal pada masa hadapan.

Alvin menjangka Alwytz akan meminta telefon pintar atau tablet seperti kanak-kanak yang lain sebagai hadiah namun terkejut selepas Alwytz memberitahunya bahawa dia hanya mahukan kambing untuk dipelihara.

.

Alvin Gaoiran Robiniol/Facebook

Memandangkan kambing yang dibelikan itu bunting, Alvin meminta Alwytz untuk menjaga kambing itu dengan baik kerana mungkin satu hari nanti kambing itu akan membiak dan mereka mungkin akan mempunyai ladang haiwan sendiri.

Walaupun ayah mereka, Ronnie adalah seorang peladang di kampung halaman mereka, namun dia tidak mampu memiliki ladang haiwan sendiri. Ibu mereka, Brigida merupakan pembantu domestik di Kuwait, namun gajinya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

Alwytz telah meminta seekor kambing sempena Krismas pada tahun lalu, namun wang mereka tidak cukup untuk menunaikan permintaan tersebut. Akhirnya pada hari graduasi Alwytz, Alvin yang kini bekerja di Manila berjaya menunaikan permintaan adiknya itu.

Senyuman yang terukir di wajah Alwytz bersama kambingnya itu jelas membuktikan bahawa itu adalah hadiah graduasi terbaik buat dirinya.

Sumber: ELITE READERSAlvin Gaoiran Robiniol/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular