- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Insiden tolak motor pancit ketika cari kerja akhirnya buatkan seorang lelaki terima pelbagai tawaran kerja

IPOH – Gambar seorang bapa kepada lapan orang anak yang sedang menolak motosikalnya yang pancit telah menjadi tular di laman sosial. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Bagan Datuk ke Pulau Pinang untuk mencari kerja sambil ditemani oleh anak kecilnya yang berusia enam tahun.

Namun, siapa sangka selepas insiden tolak motor itulah dia menerima pelbagai tawaran kerja.

Mohd Shahrul Abd Rahim, 45, berkata dia tidak menyangka masih ramai orang di luar sana yang begitu prihatin dengan kejadian yang menimpanya. Dia juga turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang diberikan.

PenangKini|Facebook [1]

“Kami hidup bukan senang mana, jadi saya cuba mencari pekerjaan di Pulau Pinang dengan menaiki motosikal tak sangka masa atas jambatan tayar motosikal saya pancit dan kebetulan ada kemalangan di hadapan saya.”

“Masa saya lalu ada hamba ALLAH ini tegur dan bertanya, dia amat prihatin tetapi saya tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana selagi boleh usaha saya usaha, tapi ternyata insan ini bersungguh membantu saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

PenangKini|Facebook [1]

Menurut Mohd Shahrul lagi, demi memastikan dia dan anaknya tiba dengan selamat di bengkel motosikal, individu yang membantunya yang dikenali dengan nama Syed itu mengikutnya dari belakang.

Syed juga meminta kebenaran dari Mohd Shahrul untuk berkongsi kisah dirinya pada masyarakat. Selepas kisah itu tersiar di dalam laman Facebook Komuniti Kepala Batas, ramai orang menghubungi Mohd Shahrul untuk menawarkan pekerjaan termasuklah sebagai pemandu van kilang dan bas.

PenangKini|Facebook [1]

Mohd Shahrul berasa bersyukur dengan penawaran kerja yang diterima namun terpaksa menolaknya kerana dia tidak mempunyai lesen.

“Tapi saya tidak ada lesen, jadi saya terpaksa menolak tawaran berkenaan, secara jujurnya memang saya rasa terharu dengan keprihatinan rakyat kita membantu mereka yang susah,” katanya.

Ketika dalam perjalanan dari Bagan Datuk ke Pulau Pinang, tayar motosikal Mohd Shahrul pancit dan memaksa Mohd Shahrul menolak motosikalnya yang pancit sejauh lebih 10 kilometer.

Sumber: Sinar Harian [2]PenangKini|Facebook [1]

loading...