Coklat, patung beruang, belon, jambangan bunga, anda namakan semuanya sudah biasa menjadi hadiah keraian tradisi semasa hari konvokesyen.

Baru-baru ini seorang graduan diraikan dengan menerima jambangan yang unik serta lain daripada yang lain apabila ia terdiri daripada bawang merah dan bawang putih.

Bagi graduan Muhamad Adam Razali yang berusia 25 tahun, hari konvokesyennya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pulau Pinang menjadi perkara yang tidak akan dilupakan, ketika teman wanitanya memberinya sejambak bawang, sebaik upacara graduasi bermula.

mStar

Menerusi mStar, Muhamad Adam berkata, “Saya pernah memberitahu kekasih bahawa jika ingin memberi hadiah pada hari konvokesyen, saya menginginkan sesuatu yang berbeza, selain daripada bunga dan coklat, kerana ia terlalu klise.”

Dia amat terkejut apabila menerima hadiah paling unik dan satu-satunya yang terganjil, tetapi berasa amat geli hati apabila melihatnya.

Kata Adam, “Saya tidak mengharapkan dia memberi saya sesuatu yang benar-benar ganjil.”

Jambangan bawang tersebut telah menarik perhatian ramai dalam jangka masa yang singkat, terutamanya daripada ibu bapa yang tidak dapat berhenti bertanya kepada Adam dari mana dia mendapatkan jambangan itu.

Adam berkata bahawa dia mungkin satu-satunya graduan yang menerima hadiah jambangan sedemikian, kerana selebihnya menerima hadiah tipikal berupa bunga dan coklat.

mStar

Rakan Adam, Hasnul Hisham Hasamuddin yang berusia 27 tahun berkata jambangan unik itu diberikan mungkin memberi makna disebaliknya kerana dia berkata Adam terkenal dengan kesukaan ‘membawang’ atau bergosip sejak saat mereka berada dalam peringkat pengajian Matrikulasi lagi, terutamanya ketika mereka biasa berkumpul dan berbual.

Tambahnya lagi, “Adam amat pandai ‘membawang’ kerana pada setiap kali kita bertemu ada banyak perkara yang akan diperkatakannya, kadangkala sehingga berjam-jam, jadi memang sesuai benar dia mendapat jambangan bawang itu.”

mStar

Bagaimanapun, sikap Adam amat berbeza ketika berada di dalam kelas berbanding dirinya yang gila-gila dan suka bergurau. Adam amat serius dan berdisiplin apabila berada di dalam kelas masakan dan itu yang menyebabkan rakannya berasa hormat dengannya.

mStar

Hasil kerja kerasnya ini telah melayakkan Adam memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari. Dia kini membantu perniagaan katering keluarganya, dan merancang untuk menyimpan sahaja jambangan bawang itu sebagai satu kenangan sebagai meraikan kejayaan tersebut.

Katanya, “Saya berasa keberatan untuk menggunakannya kerana ini benar-benar amat istimewa dan unik. Saya akan mengabadikannya sebagai satu kenangan.”

Sumber : mStar

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular