Seorang wanita di Vietnam terkejut setelah mendapati kesemua telur itik yang dibelinya sebelum ini menetas, menghasilkan beberapa ekor itik yang comel, semuanya disebabkan oleh cuaca yang begitu panas kebelakangan ini.

China Press

Penduduk-penduduk khasnya di bahagian Asia Tenggara mengalami iklim cuaca yang begitu panas, namun tidak sangka pula sesuatu yang lucu berlaku.

Menurut China Press, wanita Vietnam berkenaan membeli dua dozen telur itik mentah dan menyimpankannya di dalam dapur rumah, dengan niat akan memakannya kelak.

Dia juga berkemungkinan menyimpan telur berkenaan untuk santapan ‘balut’ – iaitu makanan terkenal di Thailand, Kemboja, Filipina dan Vietnam.

Suhu yang tinggi ekoran cuaca panas menyebabkan telur-telur berkenaan menjadi matang dan menetas! Untuk pengetahuan anda, suhu di kota Ho Chi Minh, Vietnam mencecah sehingga 36ᵒC – lebih panas daripada Malaysia! Tidak hairanlah telur pun boleh matang dan menetas.

Hasilnya, 24 ekor anak itik yang comel dan ia menimbulkan tanda tanya kepada wanita berkenaan kerana dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya kepada kesemua anak itik tersebut.

China Press

Penyudahnya, rakannya membantu dan mengambil beberapa ekor untuk dibela. Mana mungkin rakannya menolak untuk membantu. Lihatlah betapa comelnya anak itik tersebut:

China Press

China Press

Sumber: China Press

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular