Seronok rasanya apabila dapat menjelajah ke seluruh dunia tanpa perlu memikirkan perkara lain. Alangkah mudahnya jika kita boleh mengambil beg galas dan terus melakukan perjalanan. Namun, tidak semua orang berkesempatan melakukan semua itu. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan. Tetapi semua itu tidak berlaku kepada dua ekor kucing ini. Mereka bahkan dengan senang dan gembira dapat menjelajah ke seluruh Jepun bersama tuan mereka. Alangkah seronoknya mereka!

Semuanya bermula pada tahun 2011 apabila Nagasawa sering ke luar kota atas urusan kerja. Hal ini menyebabkan dia terpaksa meninggalkan kucing-kucingnya di rumah. Namun, perangai kucing-kucing tersebut mulai berubah apabila sering ditinggalkan. Kucingnya, Daikihi dan Fuku-chan semakin agresif dan tidak mahu ditinggalkan. Lalu, Nagasawa memutuskan untuk membawa bersama kucing-kucingnya setiap kali dia perlu ke luar bandar untuk bekerja.

Kini, mereka mempunyai lebih daripada 8,000 pengikut di Instagram!

#1 Pagi-pagi lagi Daikihi dan Fuku-chan sudah dibawa berjalan di sekitar bangunan kerajaan Jepun sambil menikmati keindahan cherry blossom.

#2 Kali ini Fuku-chan di Gunung Fuji!

#3 Bergambar di hadapan salah satu monumen paling bersejarah di Pulau Miyajima. 

#4 Seronok juga berjalan dengan menaiki kereta api!

#4 Ada yang malu-malu nampaknya tetapi sebenarnya mahu menjadi kawan…

#5 Seronoknya melihat epal di Acchan Apple Park!

#6 Di sebalik keterujaan berkunjung ke Istana Himeji nampaknya masih ada yang mengantuk!

#7 Ketika berada di “Mizuki Shigeru Road” yang terletak di Bandar Sakai Minato, Tottori.

#8 Alangkah cantiknya daun-daun berguguran ketika musim luruh!

#9 Fuku-chan nampaknya memang benar-benar dahaga…

#10 Kucing ini memang mahu menikmati waktu nyaman, memang suasana yang cukup indah!

#11 Apa yang lebih mendamaikan daripada berkunjung ke air terjun “Tatsuzawa Fudo” di daerah Fukushima ini?

#12 Berlatar belakangkan ‘Torii Gates’ yang merupakan antara tempat tarikan pelancong di Jepun

Maklumat lanjut:  Instagram

Sumber: BORED PANDAInstagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular