Kerana asap rokok, seorang bayi berusia 2 bulan diduga apabila terkena jangkitan kuman sehingga menyebabkan organ dalaman seperti hati dan limpa membengkak akibat mereka yang merokok di tempat terbuka.

Perkongsian daripada ibu muda itu membuka mata semua pihak bahawa bahaya asap rokok.

Selongkar10 / Gambar Hiasan

Norzy Green menerusi akaun Facebook miliknya meluahkan rasa sedihnya apabila pertama kali anaknya, Delisya muntah darah sebanyak 2 kali, dan kemudian terus dibawa ke hospital di bahagian kecemasan

Ibu muda itu berkata, si kecilnya mengalami muntah darah sehingga dia panik sebelum bergegas membawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan si comel itu menghidapi jangkitan kuman paru-paru sejak 2-3 minggu lalu.

Dan akhirnya anaknya kemudian ditahan di Hospital Shah Alam.

Akuinya lagi, sepanjang di hospital, anaknya sangat lemah dalam tempoh tersebut dan ketika itu dia tidak putus berdoa kepada Allah supaya berlaku keajaiban.

“Ketika itu, saya hanya mengadu pada Allah, menangis dengan Allah, bagi kekuatan untuk baby saya lawan kuman jahat tu.. sebab organ dalaman dia dah diserang dengan kuman,”ujarnya.

Dalam tempoh getir itu usus anaknya juga berdepan masalah mengakibatkan si kecil itu tidak henti-henti membuang air besar lebih 20 kali sehari.

Norzy Green|Facebook

“Saya menyeru dan merayu pada perokok, hormatilah orang sekeliling anda yang tidak merokok sebab yang kena tempiasnya adalah orang lain.

“Yang menangung penderitaannya orang lain, selama 3 hari baby saya agak lemah,” katanya lagi.

Hati ibu mana tidak meruntun bila melihat anaknya dalam keadaan lemah malah organ dalaman anaknya bengkak termasuk hati, limpa hinggalah ke bahagian usus.

“Adik sakit ye. Ibu faham, tangan pun dah habis lebam sebab masuk jarum, masuk air, antibiotik tak putus-putus,” tulisnya.

Ibu muda berkata, ketika anaknya ditahan di hospital dia sepatutnya menghadiri konvokesyen sempena tamat belajar.

Namun apakan daya keadaan berlaku kepada anaknya membuatkan dia tidak menghadiri ‘hari penting’ tersebut.

“Esok sepatutnya hari besar saya untuk konvo tamat belajar, tapi apakan daya perancangan Allah lagi terbaik.

“Allah uji dengan sedikit ujian untuk dekatkan lagi diri padanya..Memang benar, bila kita ditimpa sedikit ujian, barulah kita merayu-rayu pada Allah..Jadi sakit ni sebagai asbab untuk ibu Delisya lagi dekatkn diri dengan Penciptanya,” ujarnya.

Dalam masa sama, wanita cekal itu memohon supaya permata hatinya sembuh dan kembali ceria seperti sedia kala.

Sumber: Norzy Green|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular