Tidak lengkap rasanya petang kita tanpa hidangan ringkas buat seisi keluarga. Anak-anak pasti suka makanan bergoreng yang rangup. Mudah untuk mereka makan dan apa yang penting enak. Biasanya makanan bergoreng yang disukai ialah nuget, kuih-muih, keledek, cucur udang dan pisang goreng.

Namun, adakalanya gorengan yang kita buat tidak sama dengan apa yang dijual di gerai-gerai. Contohnya pisang goreng yang dijual oleh peniaga biasanya lebih rangup tetapi jika kita buat sendiri di rumah rasanya seperti tidak lengkap. Tahukah anda sebenarnya ada petua untuk menjadikan pisang yang digoreng lebih rangup? Resipi dan cara membuatnya juga mudah sekali.


Goody25/Gambar Hiasan

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara membuatkan pisang goreng rangup yang dikongsikan oleh Puan Norlela Abdul Lahak.

BAHAN-BAHAN

  • Tepung beras
  • Sesudu minyak masak panas
  • Sedikit kapur makan
  • Sedikit air
  • Ketulan ais

CARA-CARA

1. Campurkan semua bahan dan bancuh pekat. Kuantiti mengikut banyak mana pisang yang hendak digoreng itu. Bancuhan mestilah tidak terlalu cair kerana nanti ketulan ais itu akan mencair.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak telah panas, ambil sesudu dan campurkan dalam bancuhan tepung untuk menjadikan makanan lebih rangup.

3. Kemudian celupkan pisang, cempedak atau apa-apa kuih dalam bancuhan tadi dan goreng seperti biasa.

4. Hasilnya, gorengan menjadi rangup. Bentuknya juga cantik dan sama seperti yang dijual di gerai-gerai.

Melalui komen, ramai juga yang kata bahawa kaedah menggoreng seperti ini sememangnya dipraktikkan oleh orang Jepun dalam pembuatan tempura. Mereka akan meletakkan ketulan ais di dalam bancuhan tepung untunk menggoreng udang, sotong, sayuran dan sebagainya.

Ketulan ais dalam bancuhan tepung ini dapat memberi hasil gorengan yang kekal rangup dan isinya pula tetap empuk walaupun sudah beberapa jam dimasak.


audiomania.lt

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat cuba resipi ini. Pasti seisi keluarga akan menggemarinya. Selamat mencuba!

Sumber: SIRAP LIMAUPuan Norlela Abdul Lahak

Maybe you're interested :

Share

Video Popular