TULSA: Seorang pesakit yang sedar dari koma tergamam menerima bil hospital bernilai AS$93,424 (RM386,074), harga yang lebih mahal daripada menginap di hotel mewah.

Pemuda berusia 21 tahun itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Hillcrest, Tulsa di Okhlahoma selama lapan malam selepas cubaan membunuh diri.

Selepas dirawat di hospital, Oliver Jordan menerima bil untuk rawatan yang terdiri daripada penggunaan makmal (RM119,842), penggunaan katil dan wad (RM42,482) dan perkhidmatan bantuan pernafasan (RM51,209).

@alcumist|Twitter

Terkedu menerima bil berkenaan, pesakit muda berkenaan kemudian memuatkan bil tersebut ke laman Twitter miliknya dan menyifatkan harga untuk membunuh diri di negara itu terlalu mahal.

“Ini betapa mahalnya untuk cubaan membunuh diri di Amerika Syarikat,” katanya dalam tweet tersebut yang dipetik Dailymail.co.uk

Lelaki itu yang bekerja dalam bidang perundangan di Oklahoma menyatakan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai insurans untuk melunaskan bayaran tersebut.

Malah hanya perlu keluarkan kos yang sedikit untuk menyelesaikan bil berkenaan dan hanya perlu membayar dalam AS$2,850 (RM11,777).

Selepas memuat naik bil berkenaan, dia mendapat pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman mereka.

Beberapa netizen yang membalas tweet tersebut memaklumkan, nasib mereka tidak sebaik Oliver.

Salah seorang pengguna Twitter @darthlola pula berkongsi tentang pengalamannya selama dua malam di wad psikiatri, namun terpaksa melangsaikan bil berjumlah AS$10,000 (RM40,000).

Ada juga yang menyatakan rasa bersyukur atas perkhidmatan perubatan dan rawatan percuma di negara masing-masing, termasuk pengguna Twitter @naagnoool yang berasal daripada United Kingdom.

Kajian Health Care Cost Institute mededahkan, satu lawatan hospital di Amerika Syarikat secara purata bernilai RM7,922 bagi tahun 2016.

Dalam kajian oleh Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, sesetengah hospital di Amerika Syarikat menaikkan harga lebih 1,000 peratus.

Sumber: Astro Awani , pinknews

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular