Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki merakam dirinya sedang memakai topeng muka dengan begitu sempurna tanpa apa-apa gelembung udara langsung!

Zongino/Facebook

Lazimnya, apabila kita memakai topeng kecantikan sebegini, pastinya kita mempunyai kesan gelembung udara yang tidak mahu melekat sepenuhnya pada permukaan muka. Walau bagaimanapun, lelaki dalam video ini ternyata langsung tidak mengalami masalah ini!

Zongino/Facebook

Malah, topeng yang dipakainya benar-benar terletak pada mukanya dengan sempurna tanpa cacat-cela langsung. Hal ini sememangnya telah membuatkan orang ramai berasa kagum dengan kemampuannya.

Pengguna Facebook dengan nama Zongino yang memuat naik video berkenaan menulis, “Saya fikir kerja sepenuh masa lelaki ini pastinya adalah kerja memasang pelindung skrin telefon bimbit.”

Sememangnya, ramai netizen berasa kagum dan berkongsi pengalaman mereka memakai topeng muka sebegitu pula. Lucu!

Eiza*/Twitter

Dionysus/Twitter

Saksikan sendiri kehebatan lelaki ini yang mungkin tidak dapat anda atasi juga!

Kredit: Zongino/Facebook

Sumber: SAYSZongino/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular