Hari graduasi merupakan salah satu detik yang paling bermakna dan membanggakan dalam hidup seseorang. Namun bagi lelaki ini, ia merupakan peristiwa yang paling menyedihkan pernah terjadi kepadanya…

Baru-baru ini, seorang graduan yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam Ijazah Sains Pengajian Ilmu Jenayah telah berkongsi kisah menyayat hati menerusi Facebooknya.

Menurut lelaki bernama Jeric R. Rivas ini, sepanjang hidupnya, kedua ibu bapa kandungnya tidak pernah berada di sisi. Bagaimanapun, dia masih menaruh harapan yang tinggi agar kedua-dua orang tuanya dapat menghadirkan diri ke majlis graduasi tersebut.

Facebook

Lebih-lebih lagi apabila Jeric yang menuntut di Kolej La Concepcion San Jose Del Monte Bulacan di Filipina telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik di dalam kelasnya. Hal ini membuatkan Jeric amat berharap agar ibu bapanya berbangga dan mahu melihat dia menerima penganugerahan berkenaan.

Bagaimanapun, harapannya musnah apabila dia langsung tidak melihat kelibat orang tuanya. Meskipun mengalirkan air mata, dia tetap berjalan di atas pentas untuk menerima ijazahnya…

Facebook

“Ketika saya di sekolah, saya menerima anugerah tertinggi sebagai pelajar terbaik tetapi ibu bapa saya tidak pernah datang. Sepatutnya, mereka naik ke pentas untuk menyarungkan pingat ke leher saya. Tetapi memandangkan mereka tidak hadir, saya enggan menerima pingat tersebut.”

Selepas menamatkan zaman persekolahan, Jeric meninggalkan kampung halamannya yang terletak di Pulau Sibuyan, Romblon dan melanjutkan pelajaran ke kolej. Bagi menampung yuran pengajian, Jeric terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Antaranya, dia pernah menjadi pekerja kilang di Quezon, bekerja di restoran makanan segera malah menjadi pembantu rumah!

Facebook

Kesulitan hidup yang dilalui oleh Jeric turut sampai ke pengetahuan beberapa pensyarah yang menawarkan tempat tinggal buatnya dan tidak kisah untuk menjadi ‘keluarga kedua’ dalam hidup Jeric… Lebih menyayat hati lagi, semasa majlis penyampaian ijazah tersebut, beberapa pensyarah turut bangun dan menemani Jeric ketika namanya dipanggil untuk menerima penganugerahan berkenaan.

“Satu persatu nama dipanggil dan semua naik ke pentas bersama ibu bapa masing-masing manakala ibu bapa saya tidak pernah hadir. Tetapi, apabila nama saya dipanggil, pensyarah-pensyarah saya datang dan menemani saya naik ke pentas.”

Facebook

Tambah Jeric lagi, “Semasa saya berjalan menuju ke pentas, seorang lagi pensyarah yang berdiri di atas pentas menunggu saya untuk memberikan pelukan. Pada waktu itu, kesedihan saya hilang tetapi saya tetap menangis di hadapan semua orang.”

Jeric turut sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang telah bersusah-payah membantunya menghadapi segala cabaran hidup.

Kepada ibu bapanya pula, Jeric amat bersyukur dan tetap berharap agar suatu hari nanti, mereka akan merasa bangga dan menerima Jeric sebagai ahli keluarga!

“Kepada ibu bapa saya yang sehingga ke hari ini enggan menerima saya dalam hidup mereka, jika kamu membaca luahan ini, inilah diri saya sekarang dan saya harap saya membanggakan anda…”

Diharap agar Jeric dapat menemui kebahagiaan sejati yang diidamkannya selama ini..

Sumber: Jeric R. Rivas/FacebookWorld Of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular