Tugas mencuci pinggan mangkuk yang kotor di sinki adalah salah satu perkara yang tidak digemari semua orang dan dianggap leceh. Oleh demikian, ramai yang cenderung membiarkan pinggan mangkuk di sinki dan menunggu waktu tertentu untuk mencucinya…

One Jive

Bagaimanapun, dalam satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, dilaporkan kerja rumah berkenaan sebenarnya mampu mengurangkan tahap tekanan yang dialami seseorang!

Menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Florida State, dalam kajian terhadap seramai 51 orang pelajar yang melakukan kerja mencuci pinggan mangkuk ini, mereka menyedari mereka menjadi lebih tenang setiap kali menyelesaikan tugasan berkenaan.

Elite Readers

Sebelum memulakan tugas tersebut, separuh daripada responden telah diminta untuk membaca ‘ayat pendek mengenai kesedaran mencuci pinggan’ sementara selebihnya diminta membaca ‘ayat pendek berkenaan mencuci pinggan secara deskriptif’.

Dalam ayat kesedaran mencuci pinggan, disebutkan bahawa “Hal ini bermakna ketika mencuci pinggan, seseorang perlu menyedari sepenuhnya akan fakta bahawa ia sedang mencuci pinggan. Sekali imbas, ianya kelihatan agak dungu.

Kenapa perlu tertekan dengan perkara yang ringkas? Tetapi itulah faktanya. Fakta bahawa saya sedang berdiri di sana dan mencuci pinggan adalah satu realiti yang luar biasa. Saya menjadi diri sendiri, diikuti nafas, sedar tentang kehadiran diri sendiri dan sedar mengenai fikiran dan tindakan saya. Tidak mungkin saya akan terumbang-ambing seperti botol yang dipukul ombak.”

Elite Readers

Menerusi kajian berkenaan, para penyelidik berjaya membuktikan bahawa individu yang mencuci pinggan dalam keadaan ‘sedar’ atau dalam erti kata lain, orang yang mencuci dan memfokuskan kepada bau sabun, merasai suhu air dan lain-lain akan meningkatkan perasaan inspirasi sebanyak 25% dan mengurangkan tekanan dan rasa gementar sebanyak 27%!

TheAsianParent

“Didapati aktiviti harian yang dilakukan dengan niat dan kesedaran boleh memberikan ketenangan kepada minda.” Jelas Adam Hanley, penulis kajian dan pelajar PhD di Kolej FSU.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular