Usaha menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang perlu bekerja keras tanpa ada rasa putus asa dan apa yang lebih mencabar adalah menahan nafsu dan keinginan makan makanan lazat yang selalu dimakan sebelumnya.

Seseorang itu perlu sentiasa bermotivasi dan perlu kuatkan semangat selain perlu berdisiplin, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jurulatih peribdai juga memainkan peranan yang penting untuk membantu kita menurunkan berat badan, seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.

bodybyadonis|Instagram

Kisah ini bermula apabila sebuah rancangan televisyen, Fit To Fat To Fit, diadakan bertujuan agar jurulatih peribadi memahami perjuangan klien, dengan menaikkan berat badan dan mencabar diri mereka. Ketika itulah, Adonis Hill sanggup menerima cabaran berkenaan kerana ia dianggap sebagai ‘menyelamatkan nyawa’ kliennya.

Secara ringkasnya, Alissa merupakan seorang wanita obes dan juga kliennya. Sebelum projek dimulakan, berat Alissa mencecah sehingga 139.7 kilogram. Ini membuatkan Adonis perlu menaikkan berat badannya juga sebanyak 31 kilogram dalam masa 4 bulan bagi menyamakan keadaan seperti kliennya.

Bagi usaha menaikkan beratnya, Adonis mengamalkan makan makanan ringan, air berkarbonat, dan berhenti bersenam. Kesungguhannya membawa kepada beberapa isu kesihatan, di mana doktor perlu menghentikan usaha Adonis untuk menambah berat badan kerana Adonis didiagnosis dengan hipertensi dan peringkat awal kencing manis.

 

View this post on Instagram

 

#FITtoFATtoFIT TUESDAY 2/2 WHY ARE WE WORKING OUT IN THE CEMETERY THO? Ok! Ok! I know I look all awkward and shyt running but your boy was overweight, what you expect?! … But did you see them hops? 😩 Guess What? You probably wouldn’t believe this but…. Alissa was my motivation too #itNeverWasAboutMe #TeamWorkMakesTheDreamWork #AloneWeCanDoSoLittle #TogetherWeCanDoSoMuch #WeAreALLinThis2gether To see the FULL sneak peak trailer and behind the scenes pics please go to my Facebook group page **(LINK IN BIO). facebook.com/bodybyadonis/ #FitToFatToFit on @AEtv .. episode airs this week Tuesday 2/2/16 at 10/9c. PLEASE set your DVRs family … Thank you! #aetv PLEASE SPREAD THE WORD!!!!!

A post shared by Adonis “No Excuses” Hill (@bodybyadonis) on

Dia tidak menyesal dengan tindakannya kerana padanya, ia sama seperti seorang bomba masuk ke bangunan yang terbakar bagi menyelamatkan individu yang terperangkap di dalamnya.

© bodybyadonis / Instagram

Langkah pertamanya dalam misi berkenaan sudah dicapai, jadi tiba masanya untuk memulakan usaha bersama kliennya. Alissa dan Adonis bersama-sama bersenam dan melakukan latihan bagi mendapatkan tubuh ideal yang mereka idamkan.

Mereka berlari, angkat berat, mengikut diet pemakanan selain memberikan sokongan terhadap satu sama lain di saat-saat sukar. Usaha ini agak mencabar kerana mereka bukan hanya perlu melawan kemalasan mereka, bahkan tabiat pemakanan lama yang tidak sihat selain kata-kata yang dihamburkan oleh orang lain yang mengejek mereka.

Selepas beberapa bulan, mereka berdua memperoleh hasil yang memberangsangkan! Alissa berjaya menurunkan sebanyak 25 kilogram dalam masa 4 bulan, manakala Adonis pula kini seberat 102 kilogram.

Daripada pengalamannya, Adonis Hill membuktikan kepada orang ramai bahawa semuanya boleh dilakukan jika seseorang itu benar-benar bermotivasi. Dia juga menyimpulkan bahawa pentingnya sifat empati – keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain.

Menerusi eksperimen ini, para jurulatih berharap mereka dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap risiko obesiti. Kehidupan tidak sihat membawa kepada kemudaratan.

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular