Baru-baru ini tersiar kisah yang menjadi tular di media sosial mengenai bayi perempuan yang menghidap kanser mulut sejak lahir dan sedang menjalani sesi kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Namun, ketumbuhan di mulut itu semakin merebak dan kini sedang membesar. Kisah penderitaan bayi ini mendapat perhatian Dr. Amalina yang kini tampil untuk memberikan bantuan.

Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi 8 bulan yang menghidap kanser Germ Cell Tumor mendedahkan telah dihubungi oleh Dr. Nur Amalina Che Bakri menerusi pesanan WhatsApp pada petang 21 April.

mStar

 

Beliau berkata, Dr. Nur Amalina sebelum itu telah membuat carian dalam media sosial Instagram sebelum ibu ini berbalas mesej menggunakan WhatsApp bersama pakar perubatan berasal dari Malaysia itu.

Dalam perbualan itu, Dr. Nur Amalina yang kini menetap di United Kingdom meminta laporan perubatan Ainul Mardhiah sebelum merujuknya kepada doktor pakar dalam bidang masing-masing.

Jelasnya lagi, Dr. Nur Amalina akan menghubunginya semula sebaik sahaja dia mengemukakan laporan perubatan anaknya dan selesai bermesyuarat bersama doktor yang terlibat pada minggu ini.

dramalinabakri/Instagram

“Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya. Begitupun, Dr Amalina juga memaklumkan yang UK sedang cuti umum selama dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” menurut Nurul Erwani ketika dihubungi.

Nurul Erwani berkata, sebagai ibu dia meluahkan rasa gembira kerana ada doktor dari luar negara yang sudi membantu mencari jalan untuk memulihkan penyakit anaknya.

Dalam perkembangan yang sama, Nurul Erwani turut disarankan oleh seorang doktor tempatan dari sebuah hospital swasta agar dia sekeluarga mengisi borang untuk dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.

 

Sinar Harian

Doktor berkenaan menyatakan bahawa dia akan membantu mengirimkan borang terbabit kepada pihak universiti berkenaan.

Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun Instagram dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.

 

View this post on Instagram

 

Throwback again to 2013! — The day when I became a doctor, it was probably the best day of my life. My decision to become a doctor was largely driven by my desire to help others. It was very heartbreaking to hear about baby Ainul’s story. She has to go through such hardship at such a young age. Thank you to to those of you who messaged me. I’m currently in touch with Ainul’s mother and I have received her medical records. I’ve contacted a few of my colleagues, but because it is a very complex case, we need to do a multidisciplinary meeting (between different specialties) to discuss about her case. To Ainul’s parents, please stay strong. In the meantime, let’s all pray for Baby Ainul. 🙏🏽

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

dramalinabakri/Instagram

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia sudah menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga telah menghubungi beberapa rakan doktor daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.

Sumber : dramalinabakri/Instagram , Harian Metro

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular