Alaska – Seekor beruang kutub betina sedang menunggu dengan sabar kehadiran anjing laut untuk muncul di permukaan, tetapi anaknya pula dikejutkan dengan seekor anjing laut yang secara tiba-tiba muncul di hadapannya.

Video promo dokumentari tentang kisah perjalanan hidup anak beruang kutub, Snow Bears diterbitkan oleh BBC One dan ia telah menambat hati ramai penonton yang terhibur melihat reaksi comel anak beruang kutub tersebut.

Dokumentari ini mengisahkan dua ekor anak beruang kutub yang sedang belajar bagaimana untuk bertahan hidup. Perjalanan ini tercetus oleh ketibaan musim bunga apabila ais di pulau kelahiran mereka dan anjing laut mencair. Beruang kutub mengikuti mangsa mereka ke kawasan yang beku sepanjang tahun di utara.

Video promo tersebut bermula dengan menunjukkan kemunculan seekor beruang kutub betina bersama dua ekor anaknya.

Seekor anjing laut yang sedang berenang di bawah permukaan ais mencari lubang untuk mengambil nafas. Menurut video tersebut, setiap 30 minit, anjing laut perlu muncul di permukaan untuk mengambil nafas.

Seekor daripada anak beruang kutub tersebut dilihat sedang bermanja bersama ibunya.

Seekor lagi pula sedang bermain sendirian.

Sehinggalah anak beruang kutub tersebut berada berdekatan dengan satu lubang yang kebetulan pula anjing laut tersebut mahu keluar mengambil nafas disitu.

Lihatlah reaksi terkejutnya yang comel, sehingga berdiri akibat terkejut melihat anjing laut yang muncul di lubang tersebut. Mungkin terlalu leka bermain.

Tidak dapat imbangkan badan ketika berdiri, anak beruang kutub tersebut terjatuh ke belakang. Lihat reaksi wajah anjing laut tersebut, mungkin anjing laut tersebut juga terkejut apabila melihat anak beruang kutub berada di hadapannya.

Reaksi comel dan lucu anak beruang laut tersebut telah menambat hati ramai orang yang melihatnya. Mungkin anda juga mahu tonton video tersebut. Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: GoodThingsGuyBBC/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular