PORAC – Angka korban bencana gempa bumi yang melanda Pulau Luzon di Filipina meningkat kepada 11 orang awal pagi ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik para pegawai tempatan.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari puluhan mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang runtuh berhampiran Manila.

BBC.com

Sekumpulan besar anggota penyelamat di pekan Porac dilihat sedang mengimpal kren dan jentolak bagi menaikkan kepingan besar struktur konkrit pada bangunan setinggi empat tingkat iaitu lokasi kehilangan 30 mangsa.

Terdahulu, Pusat Kajian Geologi Austria dan pihak berkuasa seismologi Filipina berkata, gempa bumi itu dicatat pada 6.3 magnitud, namun disahkan berkekuatan 6.1 magnitud.

Lebih dahsyat, mengakibatkan penduduk tempatan bertempiaran lari apabila melihat bangunan pencakar langit bergoyang.

Gegaran yang dikesan barat laut ibu kota Manila turut itu menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya selain merosakkan bangunan dan infrastruktur.

Menurut Gabenor wilayah Pampanga, Lilia Pineda yang memetik maklumat pegawai bencana sebagai berkata, daerah Pampanga paling teruk terjejas.

BBC.com

Jelasnya, penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat dan anjing pengesan untuk mencari mangsa yang terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh, meranapkan pasar raya yang terletak di tingkat bawah.

Turut terjejas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pampanga di Clark yang juga bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) ditutup dan sejumlah penerbangan dibatalkan berikutan kerosakan yang dialami beberapa kemudahan termasuk bahagian daftar masuk.

Dalam masa sama, kerajaan menggesa orang ramai untuk bertenang dan berhati-hati dengan khabar angin mengenai angka korban dan kemusnahan besar yang semakin tular di media sosial.

“Kami menggesa mereka untuk menghentikan menyebarkan maklumat yang salah di media sosial yang boleh mencetus panik dan tekanan yang tidak sewajarnya,” kata jurucakap Presiden, Salvador Panelo.

Filipina yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, cenderung mengalami bencana alam berbentuk aktiviti seismik.

Gempa bumi itu turut memusnahkan sebuah gereja berusia ratusan tahun yang penuh dengan pengunjung sempena perayaan Easter

Sumber: ReutersBBC.com, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular