Bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencemaskan setiap hari. Saban waktu ada sahaja kejadian bahaya yang boleh mengancam nyawa dan jiwa. Namun, bagi mereka yang memakai seragam polis semua itu adalah lumrah dan menyelamatkan orang lain dalam bahaya merupakan salah satu tanggungawab walaupun nyawa mereka juga menjadi taruhannya.

Kesemua itu tidak terkecuali bagi dua orang anggota polis ini apabila mereka sanggup meredah bahaya demi menyelamatkan seorang lelaki daripada keretanya yang sedang terbakar. Dua orang anggota polis, Georgia William Palmer dan Kelly Horne tetap merendah diri walaupun dianugerahkan dengan Lifesaving Medal Award.


YouTube

Pegawai Horne ketika itu sedang memandu di Highway 81 di McDonough pada malam 2 Disember apabila dia melihat api marak keluar dari bawah sebuah kereta. Dia dengan pantas menggunakan radionya untuk memberitahu pegawai lain akan apa yang berlaku dan terus memberhentikan kenderaan yang dipandu di tempat kejadian. Kamera pada pakaiannya merakamkan yang dia sedang berlari sambil memegang pemadam api ke arah kereta tersebut dan menyuruh pemandu tersebut untuk keluar.

Horne cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam itu, tetapi ketika itu alat tersebut tidak berfungsi menyebabkan dia terpaksa memecahkan tingkap untuk membuka pintu pada sisi penumpang.


YouTube

Pegawai Palmer kemudian tiba untuk membantu Horne bagi menarik keluar pemandu tersebut. Kehadiran Pegawai Palmere memang tepat pada waktunya kerana jika tidak, Pegawai Horne dan pemandu tersebut mungkin tidak akan dapat diselamatkan.


YouTube

Hanya beberapa saat selepas mereka berjaya mengeluarkan pemandu tersebut kereta itu terus meletup.


YouTube

Horne dan Palmer kemudian menerima pengiktirafan dan anugerah di atas keberanian mereka. Ditanya mengenai anugerah tersebut, Pegawai Horne menjawab, “saya tidak pernah berfikir dalam sejuta tahun pun yang kami akan menerima penghormatan ini kerana kami hanya melakukan tugas kami.”

Facebook

Berilah sejuta anugerah pun pada mereka tetapi apa yang mereka lakukan tetap tiada bandingnya. Keberanian mereka membuktikan  bahawa mereka bukan sahaja bertanggungjawab dalam melakukan kerja mereka, malah sanggup bergadai nyawa untuk orang lain. Sifat berani dan tidak mementingkan diri ini wajar dijadikan contoh dan teladan buat kita semua.

Sumber: INSPIRE MORE, Cop Clips/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular