Dengan kuasa kecanggihan teknologi pada zaman serba canggih ini, segalanya adalah pasti. Apa jua produk inovasi yang ingin direka adalah tidak mustahil dengan adanya kecanggihan teknologi.

Dari aspek evolusi penggunaan telefon pintar, kita menyaksikan berlakunya satu trend di mana semakin lama telefon pintar semakin nipis dan ringan dengan skrin yang besar. Belum lagi masuk bab fungsi kamera yang sangat hebat!

Best Used Cell Phones

Tetapi baru-baru ini, jenama telefon yang dahulunya menjadi kegilaan ramai iaitu Motorola telah melancarkan sebuah video demo produk telefon pintar yang canggih dan belum pernah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain!

Forbes

Telefon pintar Motorola Razr V4 kini telah kembali dengan rekaan yang lebih menarik selain boleh dilipat!!!

Maxim

Sebelum ini menerusi laporan oleh Wall Street Journal, syarikat induk Motorola iaitu Lenovo telah mengeluarkan kenyataan untuk bergabung dengan syarikat telekomunikasi dari Amerika Syarikat iaitu Verizon bagi ‘menghidupkan semula’ zaman kegemilangan Razr pada tahun 2019!

Notebook Check

Dengan kecanggihan produk ini, Maxim melaporkan harga bagi telefon pintar dengan fungsi skrin yang boleh dilipat itu dijangka akan mencecah di antara RM6,235 sehingga RM8,314! Bagaimanapun, tarikh pelancaran bagi produk canggih ini masih belum didedahkan.

Sumber: Maxim, The Wall Street Journal

Maybe you're interested :

Share

Video Popular