Berdepan dengan masalah kencing berdarah pastinya merisaukan tidak kira bagi seorang lelaki, wanita, muda mahupun tua.

Memetik dari Hellodoktor, kewujudan darah dalam kencing dibahagi kepada 2 iaitu darah dalam air kencing yang dapat dilihat dengan jelas (Gross Hematuria) dan juga darah dalam air kencing yang hanya dikesan melalui ujian makmal (Microscopic Hematuria).

thefw

Keadaan itu perlu dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan rapi kerana kencing berdarah berlaku apabila air kencing berwarna sama ada sedikit merah jambu atau perang seakan-akan warna air coca-cola.

Hakikatnya, keadaan itu berpunca daripada struktur yang membentuk sistem urinari, yang terdiri daripada buah pinggang, ureter, pundi kencing dan juga uretra.

Namun yang demikian, darah tersebut juga boleh disebabkan oleh struktur lain yang dekat dengan organ-organ sistem urinari dan boleh juga disebabkan keradangan menyeluruh sistem badan.

Kewujudan kencing berdarah juga berpunca daripada senaman yang terlalu lasak dan trauma terhadap sesuatu sehingga mengakibatkan berlakunya kencing berdarah, namun tidak membahayakan!

mdsaude

Situasi itu juga disebut sebagai runner’s bladder atau marathoner’s bladder.

Senaman yang terlalu lasak, sama ada daripada sukan yang mempunyai perlagaan fizikal atau tidak, berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah.

Namun yang demikian, penting juga diingati bahawa senaman yang terlalu lasak bagi indivdu yang menghidapi penyakit buah pinggang atau penyakit berkaitan sistem urinari, bakal mengundang bahaya sehingga menyebabkan kecederaan tambahan kepada sistem tersebut.

Manakala, trauma kepada alat kelamin dan bahagian-bahagian badan yang membabitkan buah pinggang khususnya, juga boleh menyebabkan berlakunya darah dalam air kencing.

Selain itu, trauma lazimnya berlaku disebabkan oleh aktiviti seksual yang ganas, kecederaan ketika di ranjang, kemalangan, kecederaan atau kesan daripada aktiviti sukan.

MedicalNewsToday

Dalam masa sama,  terdapat 4 punca berlaku pendarahan yang lebih serius iaitu berlaku jangkitan terhadap mana-mana struktur atau organ dalam sistem urinari seperti jangkitan buah pinggang (Pyelonephirits), jangkitan pundi kencing (Cystitis), dan jangkitan saluran urethra (Urethritis).

Malah, jangkitan kelamin juga boleh menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing.

Punca ke-2 yang paling serius adalah berlaku kepada individu yang menghidapi batu karang.

Situasi berkenaan terbentuk dalam sistem urinari sama ada di dalam buah pinggang, di dalam saluran ureter, dalam pundi kencing mahupun dalam saluran urethra.

Lazimnya, simptom kencing berdarah dalam batu karang akan disertai oleh simptom sakit berdenyut-denyut pada bahagian yang terlibat.

Selain itu, individu yang mengalami kanser juga boleh menyebabkan kencing berdarah.

Selain daripada kanser yang membabitkan sistem urinari seperti kanser buah pinggang dan pundi kencing, organ-organ sekeliling yang bertukar menjadi kanser turut berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah, khususnya apabila ia sudah mencerobohi sistem urinari seperti kanser usus dan kanser prostat.

TheHealthSite

Malah penyakit-penyakit lain melibatkan sel darah merah seperti Sickle Cell Anaemia membawa kepada penghancuran darah dalam badan yang disingirkan melalui air kencing juga menyebabkan kencing berdarah.

Penyakit seperti Haemolytic Uremic Syndrome juga berupaya untuk menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang sekali gus menyebabkan air kencing mengandungi darah. Lebih menyeksakan, penyakit keturunan seperti Sindrom Alport dan penyakit buah pinggang Polycystic turut berupaya untuk menghasilkan simptom yang sama.

Sehubungan itu, jika anda berdepan situasi sedemikian, jangan berdiam diri segeralah berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar berlaku kencing berdarah.

Biarpun kencing berdarah tidak membawa kepada masalah kesihatan kritikal, namun terdapat juga punca-punca serius yang perlu diberi perhatian.

Sumber: HelloDoktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular