Walaupun wanita ini mengetahui suaminya tidak lagi boleh berjalan, namun hatinya sangat bahagia untuk meneruskan majlis perkahwinan dan sesi bergambar buat pasangan pengantin.

Kisah cinta pasangan ini mula dijejaki pada tahun 2007 apabila isteri yang bernama Zhang telah jatuh cinta pandang pertama dengan suaminya. Suami Zhang seorang pekerja pembinaan yang pakar dalam pengubahsuaian rumah dan sering bekerja di luar kawasan.

Walaupun mereka bercinta jarak jauh, perasaan cinta itu tetap utuh. Pasangan ini terus berhubungan melalui panggilan telefon dan penghantaran mesej.

The Paper

Pada tahun 2010, pasangan ini telah berkahwin secara rasmi tetapi status kewangan telah menghalang mereka daripada mengadakan majlis perkahwinan dan rakaman gambar perkahwinan. Dengan itu, mereka telah bersumpah untuk bekerja keras dan menyimpan wang demi merealisasikan impian majlis perkahwinan di masa hadapan.

Selama beberapa tahun, suami Zhang telah bekerja keras sebelum dia dapat membina sebuah rumah kecil yang selesa untuk mereka di kampung halamannya.

The Paper

Suami Zhang membelanjakan kira-kira RM123,000 (200,000 yuan) ketika membina rumah itu dan merancang menggunakan baki simpanannya sebanyak RM30,000 (50,000 yuan) untuk rancangan perkahwinan mereka. Malangnya, suami Zhang telah mengalami kemalangan terkena renjatan elektrik sebelum perkahwinan itu dan dia menjadi lumpuh.

Sejak itu, dia telah berada dalam keadaan vegetatif dengan tidak dapat bercakap serta memberi maklum balas. Doktor juga memberitahu Zhang supaya menyerah kepada takdir apabila Zhang bertanyakan rawatan yang boleh dilakukan buat suaminya.

The Paper

Tetapi Zhang enggan menyerah kalah dan berputus asa. Isteri yang setia ini telah memindahkan suaminya ke rumah dan menjaganya dengan gigih selama 24 jam sehari. Zhang sering mengurut badan suaminya beberapa kali sehari untuk merangsang ototnya dan menjaga makan minumnya dengan teliti. Tidak dinafikan kerja itu amat meletihkan tetapi Zhang tidak pernah merungut sekali gus enggan menyerah kalah.

The Paper

Zhang menjalani rutin yang sama setiap hari sejak empat tahun yang lalu dan sanggup berhutang dengan meminjam wang dari kawan dan ahli keluarga untuk membayar bil-bil perubatan suaminya. Melihat bagaimana suaminya telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, Zhang memutuskan untuk meneruskan majlis perkahwinan dan mengadakan sesi fotografi perkahwinan dengan harapan bahawa ia akan merangsang suaminya untuk kembali pulih.

Pasangan ini merakam gambar perkahwinan yang unik, dengan Zhang memakai gaun pengantin yang cantik dan suaminya memakai sut pengantin di atas kerusi roda.

The Paper

Zhang dan suaminya akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada akhir bulan April 2019 di kampung halaman mereka dan isteri ini dengan penuh percaya bahawa suaminya akan pulih dengan sepenuhnya dan dapat berdiri semula pada satu hari nanti. Kasih sayang Zhang terhadap suaminya begitu mendalam sekali.

The Paper

Semoga suami Zhang akan kembali pulih tidak lama lagi dan mereka akan dapat memenuhi lebih banyak impian, termasuk melakukan perjalanan berbulan madu. Tabahkan hati dan segalanya akan menjadi lebih baik!

Sumber : The Paper

Maybe you're interested :

Share

Video Popular