DENPASAR: Selepas empat bulan meletus, Gunung Agung yang terletak di pulau peranginan Bali sekali lagi meletus dengan menghamburkan abu panas setinggi 5.1 kilometer dari paras laut.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku jam 3.21 pagi waktu tempatan, semalam.

BALIPOST.com

“Abu letusan dilihat berwarna kelabu dengan kemungkinan bergerak menuju ke arah barat daya.

“Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat,” jelasnya yang dipetik Astro Awani.

Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.

Dalam masa sama, masyarakat tempatan dan juga para pelancong dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut.

Sementara itu memetik jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung berapi terbabit melepaskan debu hingga ke daerah Karang Asem, Klungkung dan Bangli.

Ribuan topeng muka turut diagihkan kepada penduduk sekitar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan mereka tersedut debu.

Bagaimanapun, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai tidak dibatalkan.

Gunung Agung terletak di daerah Karang Asem dan berada kira-kira 70 kilometer dari hub pelancongan di Kuta.

30 Disember lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.

Sehubungan itu, penduduk Bali diminta berjaga-jaga selepas Gunung Berapi Agung Meletus kerana dikhuatiri mampu mengakibatkan aliran lahar memasuki sungai dan berbahaya kepada mereka.

Letusan besar terakhir gunung itu direkodkan pada 1963 sekali gus mengakibatkan lebih 1,100 penduduk di Kawasan sekitar itu terkorban.

Sumber: Volcano Time-Lapse/Youtube, Astro Awani, My Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular