Apabila ibu bapa kita sudah memasuki usia ’emas’, mereka cenderung untuk mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Ada juga antara mereka yang tidak boleh bergerak dengan baik dan lancar seperti dahulu.

Bagi seorang lelaki, Schon Miller, dia sangat faham akan situasi ini dan disebabkan itulah dia bersama isterinya telah melakukan sesuatu untuk ibu bapanya, George dan Bonnie yang kini berusia 87 tahun.

Miller telah membina sebuah tempat tinggal yang bersambung dengan rumahnya. Dengan cara itu, Miller sekeluarga boleh mengawasi dan menjaga ibu bapa mereka dengan lebih dekat.

Miller dan isterinya, Jeannie muncul dengan idea yang bijak untuk membina sendiri rumah buat ibu dan bapanya

Facebook/Schon Jeanie Miller

Miller mempunyai rancangan untuk memberi kejutan itu kepada ibu dan bapanya.

YouTube /Caters Clips

Kerja-kerja pengubahsuaian bermula dengan menggali lubang di ruang bawah tanah rumah mereka. Ada barang yang dibuang dan ada barang yang dijual termasuklah meja ‘pool’ dan kawasan karaoke

Pada 13 Mac, pasangan itu membuat kejutan untuk George dan Bonnie dengan menghadiahkan rumah baharu di Bremen, Ohio.

Melihat apa yang ada di dalam rumah itu membuatkan ibunya terkejut dan terus memuji betapa cantiknya rumah itu

YouTube / Caters Clips

Rumah itu juga dilengkapi dengan perabot dan dihias dengan cantik dan kemas sekali

YouTube / Caters Clips

Kemudahan yang ada juga direka dengan bijak supaya mudah untuk digunakan oleh pasangan warga emas itu

YouTube / Caters Clips

Menurut Miller lagi dia tahu bahawa ibu bapanya saling bergantung antara satu sama lain. Ayah Miller menghidap penyakit lupa sementara ibunya tidak mampu berjalan selepas jatuh dan patah bahu. Disebabkan keadaan itu, mereka berdua juga tidak boleh hidup sendirian dan Miller sendiri tidak mahu ibu bapanya tinggal di rumah penjagaan orang-orang tua nanti.

Miller tidak lupa untuk memasang pemegang tambahan untuk tujuan keselamatan

YouTube / Caters Clips

Bonnie tidak dapat menahan air matanya selepas menerima kejutan itu

YouTube / Caters Clips

Miller juga meletakkan kemudahan yang direka khas untuk tujuan keselamatan terutama di tandas. Hal ini supaya ibu dan ayahnya dapat berpaut pada sesuatu ketika menggunakan tandas dan mereka lebih selamat. Tikar getah juga digunakan supaya mereka tidak tergelincir.

Rakaman yang pasti membuatkan kita berasa terharu bersama:

CatersClip|YouTube

Sumber: CatersClip|YouTube , Schon Jeannie Miller|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular