Menikmati aiskrim ketika cuaca panas pastinya akan menyegarkan tubuh badan, selain akan mengembalikan kegembiraan ketika berada dalam tekanan.

Masihkah anda ingat aiskrim kotak yang menjadi kegemaran kita sewaktu kanak-kanak dahulu? Seperti yang kita sedia tahu aiskrim kotak memang sangat mudah untuk dibuat.

Cari-Azza|Explorasa

Beberapa orang netizen berkongsi pengalaman mereka dalam membuat aiskrim kotak di rumah. Ternyata, kanak-kanak zaman sekarang turut menggemarinya walaupun ia tidaklah seperti aiskrim yang biasa kita beli di kedai.

Cari-Azza|Explorasa

Bahan-bahan:

1. Air kotak.

2. Peti sejuk.

Caranya :

1. Masukkan air kotak ke dalam peti sejuk di bahagian penyejuk beku.

2. Biarkan semalaman.

3. Potong bahagian atas kotak sebelum menikmatinya.

4. Siap!

 

Cari-Azza|Explorasa

Sebelum kewujudan peti sejuk, aiskrim merupakan salah satu hidangan mewah yang dihidangkan pada majlis tertentu sahaja. Hal ini kerana, proses membuat aiskrim adalah sangat rumit pada zaman itu.

Pada zaman dahulu, bongkah ais diambil dari tasik atau kolam yang beku pada musim sejuk. Kemudian, bongkah ais tersebut akan dipotong dan disimpan di dalam lubang bawah tanah atau tempat khas yang diperbuat daripada kayu atau bata.

Sumber: Cari-Azza|Explorasa

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular